Header Ads Widget

Hebatnya Sedekah

Kebetulan dalam bulan Ramadan admin menghabiskan bacaan buku Hebatnya Sedekah.Buku ini agak tebal kerana ada 226 mukasurat.

Namun jangan risau kerana pengisian ilmunya santai dan bersahaja.Lebih menarik lagi admin telah membelinya dengan harga lelong senaskah iaitu RM9.00

Murah ke atau mahal ?

Tentulah murah kerana ada potongan separuh daripada harga asal.Perkara utama yang cuba disampaikan oleh penulis buku ini amalan bersedekah.


Jangan takut atau was-was untuk bersedekah kerana ganjaran yang kita perolehi sangat luarbiasa hebatnya.

Menurut Tuan Haji Abdul Rahman Mohd Adil yakni penulis buku, bersedekah adalah amalan yang terbaik yang membolehkan kita memasuki syurga melalui pintu sedekah iaitu ar-Rayyan.

Nikmat apa lagi yang kita mahukan ketika mana berada akhirat melainkan syurga Allah SWT.

 Buku Hebatnya Sedekah terbahagi kepada 21 bab.Banyak dan memang menarik.

Sungguhpun begitu perkongsian ilmu mudah kita fahami dan amalkan.

Ditambah lagi selitan ayat Al-Quran dan Al-hadis memang menjadi buku yang dicetak pada tahun 2011 ini wajib dimiliki pencinta buku.

Antara bab yang paling admin suka ialah tentang sedekah yang paling mudah dan murah.Tak lain dan tak bukan mestilah sedekah senyuman.

Ada banyak lagi kelebihan dan fadilat bersedekah.Semua ini ada dalam buku Hebatnya Sedekah.

Jadi apa tunggu lagi.Dapatkan buku ini pasaran sekarang.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Memang banyak ganjarannya bila bersedekah :)

    BalasPadam
  2. AMALAN BERSEDEKAH REZEKI MELIMPAH RUAH

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Ya betul tu bro.

      sedekah mempunyai banyak sekai manfaat dan kebaikannya.

      Padam
  4. sedekah lah walaupun sekecil mana. sedekah tu pembuka rezeki :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan kecil atau besar persoalannya dalam bersedekah..

      cuma sedekah yang besar ramai yang mengeletar kepala lutut

      Padam