Header Ads Widget

Buku Rahsia Bisnes Orang Cina


Admin dah lama beli buku ini iaitu sekitar tahun 2009 lagi.Kebetulan pula cetakan pertama buku tersebut pada tahun 2006.Buku yang berada pada tangan admin adalah cetakan tahun ke sebelas.Tak terbayang admin berapa banyak si penulis buku ini mendapat royalti dari pandapatan pasif tersebut.

Penulis buku Rahsia Bisnes Orang Cina ini ditulis oleh Ann Wan Seng.Beliau merupakan penulis buku yang tidak asing lagi.Ann Wan Seng dikatakan  memiliki perniagaan sendiri.Bahkan pengalaman beliau yang lahir dalam keluarga bisnes telah memberi pendedahan dan pencerahan dalam penulisan buku ini.Kiranya hasil karya terbaik untuk diobatkan sebagai buku bestseller.

Ketebalan buku ini sekitar 150 mukasurat.Senang nak baca dan dihadam dalam minda.Bahasa dan ayat yang digunakan ringkas sahaja.Sesiapa sahaja boleh membacanya dari pelajar sekolah menengah sehingga penuntut pengajian tinggi.Tidak keterlaluan juga buku ini pasti diminati oleh para usahawan yang sedia ada dan bakal usahawan yang ingin menceburi bidang bisnes.

Ada 32 topik kecil dalam buku ini.Setiap topik disertakan kata kunci orang Cina.Dari situ dapat admin buat kesimpulan bahawa orang Cina ada satu budaya yang mereka pertahankan dari satu generasi ke generasi yang lain.Selain itu ada rahsia yang tersembunyi untuk komuniti mereka agar terus dapat survival di mana sahaja mereka berada.

Rahsia pertama yang nak admin bongkarkan kepada pembaca ialah bekerja keras.Orang Cina memang jenis kerja keras.Mereka boleh bekerja dari pagi sampai malam untuk memajukan bisnes mereka.Jika masih meragui apa yang admin tulis ini,cuba anda semua perhatikan premis orang cina beroperasi.Mereka sudah membuka kedai seawal jam 6(ada yang lebih awal) pagi dan ditutup pula sehingga 10 malam( ada yang lebih lewat lagi).

Dalam buku ini juga ada diceritakan amalan bisnes orang Cina.Mereka adalah peramah,suka tersenyum dan bersedia memberi perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan mereka.Selain itu mereka suka membina hubungan kawan dengan sesiapa sahaja.Boleh dikatakan amalan mereka ialah musuh jangan dicari dan rezeki jangan ditolak.Berkawan adalah rezeki kerana kawan itu permulaan kepada apa jua bisnes pada masa yang akan datang.

Catat Ulasan

2 Ulasan