8.6.19

Buku Masalah Tidur Dan Penyelesaiannya

Tidur adalah keperluan wajib bagi manusia.Tak tidur langsung hampir mustahil.Kalau tidur terus perkara biasa sama ada seseorang itu sedang koma atau dah jalan terus.Maafkan admin kerana nak buat lawak sediki.Lagipun buku yang admin nak review ini adalah perkara serius dan informasi yang sangat penting untuk kehidupan manusia.



Penulis buku ini ialah Profesor Dr Syed Hassaan bin Syed Ahmad Almashoor.Beliau merupakan Dekan Pengasas Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,UNIMAS.Berasal dari Pulau Pinang.Pernah menjadi kolumnis Mingguan Sarawak dan Berita Minggu.Boleh dikatakan namanya bukan asing lagi dalam dunia media massa di negara ini.

Ketebalan buku Masalah Tidur dan Penyelesaianya cuma 145 mukasurat.Ia diterbitkan oleh Unit Penerbitan UNIMAS pada tahun 2002.Dah lama la buku ini.KIra-kira14 tahun dahulu.Admin tak tahu sama ada ia ada dijual lagi tak dalam pasaran.Yang pasti ia memang ada dalam koleksi perpustakaan universiti tersebut.Kebetulan pula admin memang tinggal berdekatan dengan UNIMAS.

Ada 5 bab kesemuanya.Setiap bab ditulis dn dihuraikan dengan bahasa yang mudah fahami.Rasa-rasanya tidak menjadi masalah kepada para pembaca untuk memahami isi kandungan buku ini.Lagipun kes-kes yang menjadi rujukan banyak berkisar kepada dunia pelajar itu sendiri.

Dalam banyak bab yang ditulis, admin sangat tertarik kepada informasi cara mengatasi masalah tidur.Jadi dalam kesempatan ini admin nak kongsikan serba sedikit.Banyak tak boleh la.Ilmu yang bercetak adalah hak milik penulis.Sekadar bagi hint admin anggap sebagai bahan promosi untuk buku ini.

Cara nak atasi masalah tidur adalah seperti dibawah:

1.Gaya hidup sihat

Ini termasuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti makan makanan yang berkhasiat,bersukan dan beribadah.Mudahkan.Hati yang tenang dan jiwa yang aman sejahtera memang mampu atasi masalah yang berkaitan dengan tidur.

2.Ambil ubat-ubatan

Pil tidur amat berbahaya.Ada kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan.Pengambilan ubat-ubatan hendaklah melalui pengawai perubatan yang bertauliah.Tak boleh la sesuka nak beli kat farmasi.Lagipun pengambilan ubat tidur hanya digunakan apabila keadaan perlu atau dah terdesak sangat.

3.Kaedah kaunseling

Orang yang tidak dapat tidur berpunca daripada gangguan emosi yang teruk.Misalnya putus cinta,rindu pada kekasih secara keterlaluan atau menanggung hutang yang terlalu banyak.Orang yang berhadapan dengan dengan situasi ini memang sukar nak tidur.Jangankan tidur siang,nak tidur malam pun sudah.Penyelesaiannya jumpa sahaja pakar kaunseling atau pakar hipnoterapi.( rujuk Panduan Hipnosis)

Namun begitu tidur adalah keperluan untuk badan,minda dan emosi.Oleh itu sekiranya mengantuk dan tidur nyenyak maka anggap ia adalah nikmat alamiah.

Author:

2 ulasan:

  1. Salam JUMPA
    Terima kasih telah berbagi tips susah tidurnya. Sangat membantu
    Ditunggu kehadiranya

    BalasPadam
  2. TAK DAPAT TIDUR BILA TIBA WAKTU DITENTU LETIH LESU BADAN TERASA...KALAU MEMBACA CPT JE NK TIDUR

    BalasPadam