Begitulah satu buku yang admin baca baru-baru ini.Buku tersebut berkisar kepada bagaimana cara kita berusaha untuk memperolehi rezeki.Ada rezeki yang mudah,sukar dan tidak disangka-sangka.
Buku ini ditulis oleh dua orang penulis iaitu Ustaz Yusuf dan M.Syafi’ie
El-Bantanie.Mereka merupakan nama yang cukup tersohor di Indonesia.Penerbitnya
ialah SynergyMedia dan tidak dinyatakan bila buku ini diterbitkan.
Ketebalan buku ini ialah 88 mukasurat.Cukup nipis.Senang dihadam
dan dicerna oleh minda.Apa yang menarik ialah bagaimana kupasan penulis
berhubung dengan konsep dan falsafah rezeki itu sendiri.
Biar admin kongsikan secara ringkas bagaimana untuk memperolehi
rezeki yang tidak disangka-sangka.
1.Takwa
Tidak dinafikan orang yang bertakwa mendapat perhatian istimewa
dan dijamin rezekinya oleh Allah SWT.Bukti kenyataan ini bersandarkan kepada
surah Al Thalaq ayat 2-3.
2.Istighfar
Banyak kelebihan orang beristighfar.Selain menghilangkan kesukaran
dan kesempitan hidup dengan istighfar boleh mendatangkan rezeki yang tidak
disangka-sangka.Sudah diterangkan dalam Surah Nuh ayat 10 –12.
3.Solat Dhuha
Orang yang mengerjakan solat sunat Dhuha secara konsisten akan
dipermudahkan oleh Allah urusannya setiap hari.Allah SWT akan menurunkan
pertolongan kepada hambaNya yang rajin melakukan solat sunat Dhuha.
4.Rajin bersedekah
Apa yang kita sumbangkan secara ikhlas akan Allah SWT gantikan
berlipat kali ganda.Jadi jangan risau untuk bersedekah dengan iklhlas.Teringat
admin kepada pepatah Inggeris yang cukup bagus iaitu do it and forget
it.
5.Bersyukur
Orang yang bersyukur akan dijanjikan oleh Allah SWT untuk
digandakan lagi nikmat tersebut.Bayangkan sahaja nikmat yang sedikit tetapi
telah digandakan.Tentunya ganjaran tersebut tidak terfikir atau
disangka-sangka.
6.Sambung silaturrahim
Salah satu pintu rezeki yang tidak disangka-sangka boleh
diperolehi melalui cara kita menyambung silaturrahim.Ada banyak hadis meyokong
perkara ini sama ada dari Hadis Riwayat Tirmizi dan Abu Daud serta Ahmad.Maaf
ayat hadis tidak disertakan.
7.Bernikah
Ramai yang anggap jika bernikah takut tak dapat sara anak dan
isteri sekiranya tiada pekerjaan atau faktor kewangan yang mantap.Hakikatnya
tidak demikian.Dengan bernikah sebenarnya mengundang rezeki.Sebab rezeki itu
sendir dalam pengetahuan Allah SWT.
8.Memuliakan orang tua
Orang yang memuliakan orang tua akan Allah beri keberkatan dalam
hidup mereka.Rezeki dilancarkan.Malah tidak mustahil akan diberi rezeki yang
tidak disangka-sangka.
Apa yang admin kongsikan ini adalah ringkasan sahaja.Jika nak
lebih lanjut sila dapatan buku dikedai yang berdekatan.
0 Ulasan