Header Ads Widget

The Storytelling CODE


Cukup lama saya tidak kemas kini blog ini terutama review berkaitan buku. Saya masih membaca buku seperti biasa tetapi buku yang saya baca sebelum ini sangat lama untuk dihabiskan.

Sebelum itu saya nak review atau ulas berkaitan buku The Storytelling CODE hasil tulisan Fared Danial & Kauthar Rozmal.

Buku tersebut saya beli di AEON Mall Shah Alam Seksyen 13 sewaktu berkursus tempoh hari.

Kita kembali ke topik asal.

The Storytelling CODE merupakan buku yang 'sedap dan lazat' untuk dibaca secara santai. Ketebalan cuma 116 halaman dan berharga RM38.

Secara dasarnya buku ini membicarakan isu storytelling untuk membuat konten yang boleh tular, bina pengaruh dan menaikkan status sama ada usahawan, pemimpin politik dan sesiapa sahaja.

Selain panduan dalam bentuk point, kandungan buku juga diselitkan dengan pautan kepada TikTok dan Youtube sebagai cara untuk menambah kefahaman pembaca.


Saya harap sesiapa yang ada kesempatan dan minat untuk mengasah seni bercerita wajar memiliki buku ini.

Sejujurnya buku ini saya akan ulang baca agar lebih banyak mendapat manfaat. 

Bukan sekadar dibaca untuk tahu tetapi dibaca untuk dipraktik agar kemahiran bercerita dalam konten lebih padu dan berimpak kepada audien.



Catat Ulasan

0 Ulasan