Sudah tiga bulan saya membaca dan mentelaah buku Biografi Gemilang Umar Al-Khattab (Al-Faruq) hasil tulisan Mahmud Syakir.
Buku setebal 606 muka surat ini boleh tahan sukar dan mencabarnya untuk mengkhatam sebagaimana buku yang lain-lainnya.
Dengan bahasa yang sederhana dan mudah faham. Namun penyampaian belum tahap terbaik.
Buku tersebut dicetak pada tahun 2004 dan kini sudah 2025. Sudah 21 usianya di pasaran. Saya tidak pasti ada terjual lagi atau tidak.
Apa yang diceritakan dalam buku tersebut bagaimana kisah Saidina Umar al-Khattab sebelum masuk Islam dan zaman kegemilangan semasa pemerintahan khalifah.
Ada pengajaran yang boleh saya dan juga kita semua ambil iktibar iaitu Saidina Umar sanggup bersusah payah demi rakyat.
Pemimpin agung dan hebat kerana sifat takwa yang terbaik dalam zaman para sahabat.
Meskipun sifatnya amat tegas tetapi hatinya amat lembut apabila mendengar bacaan al-Quran.
Saidina Umar al-Khattab meninggal dunia pada 23 Zulhijjah pada 23 Hijrah oleh Abu Lu'lu (Fairuz) iaitu orang suruhan Mughirah bin Syu'bah.(Gabenor Kufah).
Begitulah kisah pemimpin hebat tetap juga dibenci oleh manusia lain yang hati penuh kedengkian.
0 Ulasan