Baru-baru ini, saya ada kesempatan untuk menulis ulasan buku bertajuk Abu Ubaidah: Penakluk Parsi. Ya, buku hebat ini kerana berdasarkan kisah para sahabat Nabi Muhammad Saw.
Buku yang diterbitkan pada tahun 2022 dengan ketebalan 344 sangat menarik dan mengujakan untuk dibaca.
Tambahan pula ditulis oleh Abdul Latip Talib yang dikenali sebagai Novelis No.1 Malaysia. Bukan calang-calang orangnya.
Gaya penulisannya amat mudah difahami dan pasti anda yang membaca tidak terlepas perhatian dari satu muka surat ke muka surat yang lain.
Abu Ubaidah al-Jarrah diceritakan dalam satu hadis Rasullulah yang menyatakan bahawa, " Tiap-tiap umat, ada orang yang memegang amanah. Pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah al-Jarrah.
Nama sebenar beliau ialah Amir bin Abdullah bin al-Jarrah bin Hilal al-Fihri al-Quraisy.
Beliau merupakan antara para sahabat yang terawal masuk Islam, berhijrah dari Makkah ke Madinah dan terlibat dalam beberapa siri peperangan bersama Rasulllulah seperti Perang Badar, Perang Uhud dan yang lain-lainnya.
Dalam buku tersebut diceritakan bagaimana dilema Abu Ubaidah yang terpaksa membunuh ayah kandungnya sendiri dalam Perang Uhud. Kematian ayahnya kerana menentang penyebaran syiar Islam pada ketika itu.
Kisah kejayaan ulung dalam buku Abu Ubaidah: Penakluk Parsi selepas kewafatan Nabi Muhammad saw.
Abu Ubaidah al-Jarrah dipilih oleh Khalifah Abu Bakar al-Siddiq bersama Khalid bin Walid untuk memerangi musuh Islam ketika iaitu Kerajaan Rom bawah pimpinan Raja Kaisar Hercules.
Semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khatab, sosok sahabat Nabi yang hebat ini telah dilantik menjadi Panglima perang menggantikan Khalid bin Walid.
Bagaimanapun kehebatan dua panglima tersebut yang saling melengkapi ini sehingga seluruh jajahan dan tawanan kota Rom jatuh ke tangan orang Islam.
Banyak siri peperangan semuanya dimenangi oleh pasukan Ubaidah al-Jarrah.
Bagaimanapun panglima perang yang gagah perkasa ini temui ajal bukan dalam peperangan tetapi jatuh sakit akibat wabak malaria di bumi Syam.
Kisahnya berakhir di sini.
2 Ulasan
Biasa dengar tentang Khalid al-Walid pahlawan terulung dalam sejarah Islam. Rupanya ramai lagi pahlawan ulung yang KSarie tidak tahu. Terima kasih atas perkongsiannya
BalasPadamMemang ramai...sapa yang rajin telaah sejarah Islam...memang akan jumpa
Padam