Header Ads Widget

Penat

Penat merupakan satu judul buku yang sangat ringkas.

Namun disebalik tajuk yang ringkas ini pasti menyingkap dan mengupas isu psikologi, emosi dan mental dengan lengkap.

Subtajuk buku ialah "Bagaimana Mengurus Emosi, Tenaga & Tekanan Dalam Menempuh Alam Dewasa."

Jujur pada mulanya, saya beranggapan buku ini jadi bacaan khas untuk para remaja.

Sangkaan saya meleset. 

Buku hasil tulisan Dr Alizi Alias mecakupi kehidupan semua golongan umur dari mula bekerja sehinggalah berada di penghujung kerjaya.

Banyak ilmu dan istilah psikologi yang baharu saya pelajari.



Antaranya kemekaran, kelesuan, overachiever, high performance dan pelbagai lagi.

Istilah ini dimaknai dan diperjelaskan secara kompherensif.

Mudah difahami dan boleh kekal dalam imgatan kepada pada pembaca.

Secara ringkasnya amat berbaloi memiliki buku yang penuh ilmu ini.

Naskhah yang berada dalam tangan saya ini cetakan Pertama Oktober 2022 dan berharga RM33 untuk Sabah/ Sarawak.

Nak beli boleh rujuk di Iman Shoppe.




Catat Ulasan

4 Ulasan