Lama sungguh saya tidak kemas kini blog ini meskipun aktiviti pembacaan buku saya belum lagi terhenti. Saya masih membaca buku tetapi dengan rentak yang sangat perlahan.
Tak membuang masa, saya ingin mengulas dan mengupas buku 77 Petua Meningkatkan Kualiti Solat Anda.
Buku tersebut diterbitkan pada 2008 dengan cetakan ketiga. Tebalnya cuma 254 tetapi tempoh saya menghabiskan bacaan buku ini dalam sebulan lebih kalau tak silap.
Tulisan tuan Abdul Baqi Shabran menarik kerana menyentuh pelbagai sudut agar mutu solat kita boleh dipertingkatkan. Banyak sungguh petua yang dikongsika.
Di dalamnya disertakan beberaapa ayat al-Quran dan al-Hadis untuk menguatkan hujah. Bagaimanapun saya terpanggil untuk berkongsi sedikit infomasi dalam bahagian akhir buku ini.
Perkara tersebut ialah lima tingkatan atau level solat orang Islam.
Pertama: Solat aniaya diri sendiri
Mereka tidak kisah atau ambil berat tentang solat. Solat memang tidak sempurna dan melakukannya sekadar melepas batuk di kepala tangga.
Solat begini akan mendapat seksaan daripada Allah SWT. Minta jauhkan hal demikian.
Kedua : Solat tidak khusyuk
Orang Islam yang sangat menjaga menjaga wudhuk, waktu solat dan rukun solat tetapi hati masih khusyuk serta was-was.
Solat begini akan dihisab Allah SWT dan terpaksa melihat solat sunat untuk menampung kekurangan solat yang wajib.
Ketiga : Solat yang hampir khusyuk
Dalam solat, mereka sedaya upaya untuk menghilangkan musuh tradisi iaitu hasutan syaitan untuk leka. Namun solat tetap berjalan sempurna dengan rukun yang wajib dan sunat.
Solat orang begini akan menghapuskan dosannya/
Keempat : Solat yang khusyuk
Sudah tentu tidak ramai yang dapat level solat begini. Ketika solat hati mereka tenggelam dalam penghayatan solat.
Solat begini dapat pahala daripada Allah SWT
Kelima : Solat yang sangat khusyuk
Inilah tingkatan solat yang sangat diingini ramai orang beriman dan soleh. Dalam solat hati mereka diletakkan kepada Allah SWT. Mereka seolah-olah dapat melihat Allah dengan mat kepala sendiri.
Apabila perasaan sangat dekat dengan Allah maka rasa sejuk dan tenang semasa solat dan selepas solat itu terjadi. Setelah meninggal dunia, tentu sangat beruntung dan sebaliknya sangat rugi kepada mereka yang mensia-siakan peluang untuk solat sebegini.
Penutup
Akhir kata, saya mak ulang lagi baca buku ini nanti jika ada kesempatan. Yang pasti masih banyak lagi buku yang perlu saya baca.
0 Ulasan