Ketika Ibu Telah Tiada merupakan sebuah buku yang menarik untuk dibaca oleh sesiapa sahaja.
Biarpun objektif penulisan buku ini untuk golongan remaja yang masih berkepit di bawah ketiak ibu bapa.
Ibu adalah insan istimewa. Mereka golongan terpilih kerana darjat dan pangkat yang mulia lagi tinggi kurniaan Allah SWT.
Situasi ini hanya sah kepada wanita yang bergelar ibu dan anak.
Begitulah intipati buku Ketika Ibu Telah Tiada oleh Thoriq Aziz.
Tebalnya cuma 198 halaman dan dicetak pada tahun 2019.
Penulis berjaya menulis buku ini dengan menyertakan beberapa potong ayat Al-Quran dan beberapa hadis.
Bukan itu sahaja, ia turut disertakan cerita dan kisah mereka yang berbuat baik kepada ibu pada zaman Rasullulah masih hidup suatu ketika dahulu.
Saya amat menyarankan golongan anak-anak segera membaca buku ini kerana boleh memberi kesedaran dan keinsafan dalam usaha berbakti kepada orang tua mereka.
Harga sekitar RM17 senaskah. Pastinya pelaburan untuk membeli buku berbaloi kerana nasihat penulis kepada pembaca amat berkesan sekali.
14 Ulasan
SURAT UNTUK BONDA kak ada bukunya menarik semua perkongsian kisahnnya
BalasPadamwow...mcm best jer kak
PadamSesuai untuk saya yang masih duduk dengan ibubapa.
BalasPadamya....betul sangat tu sis...hargai mereka ketika masih ada
Padambuku yang memberi pengajaran semestinya satu pelaburan bagus..elok ni bg budak2 hargai ibubapa
BalasPadambudak-budak memang sangat digalakkan untuk membaca buku ini
Padamrasa En Hanafi boleh pg jalan Tsutaya Books @ Pavilion Bkt Jalil yang baru dibuka bulan lepas. Banyak buku juga dijual di sana.
BalasPadamkalau ada peluang..memang mahu sangat saya ke sana untuk cari buku yang menarik
PadamBacaan bagus ni, ditulis oleh penulis yang dah kehilangan ibu. Tentu lebih memberi kesan hasil penulisan beliau.
BalasPadamPenulisan yang hidup dan berkesan untuk dibaca oleh kita semua
PadamWow! Dalam pun muka surat warna!
BalasPadamsalah satu tarikan dan keunikan buku tersebut
PadamI need to find this book for my little brother! thankkk youuuu for the review, sir
BalasPadammy pleasure ..
Padam