Header Ads Widget

Ibn Zuhr Ahli Perubatan dan Pakar Jantung

Buku Ibn Zuhr, Ahli Perubatan dan Pakar Jantung ditulis dengan stail novel. Sangat menarik dan menguja untuk dibaca, ditelaah dan dihayati oleh peminat buku yang berunsur sejarah Islam.

Ibn Zuhr adalah nama keluarga untuk Abdul Malik dari Banu Zuhr. Datuk beliau ialah Abu Marwan dan ayahnya pula Abul A'la. Inilah keluarga tabib atau doktor di Sevila, Sepanyol.

Ketika itu Sepanyol adalah wilayah kekuasaan Islam di Eropah.

Novel sejarah ini bermula dengan watak Abu Marwan. Beliau  berrhijrah dari Afrika Utara untuk tinggal di Kordova, Sepanyol. Selepas itu Abu Marwan mengambil keputusan pula untuk tinggal di Sevila kerana kepelerluan dan potensi yang besar ketika itu.

Di Sevila Abu Marwan membuka klinik dan memberi perkhidmatan perubatan yang mesra rakyat. Orang miskin tidak dikenakan apa-apa bayaran manakala orang yang berada dikenakan bayaran yang sedikit mahal.

Abu Marwan mempunyai anak lelaki yang mewarisi ilmu perubatan iaitu Abul A'la. Setelah kematian Abdul Marwan, klinik di Sevila ini diuruskan olehnya.

Abul A'la juga tokoh perubatan sebagaimana bapanya. Klinik mereka semakin popular dan dikunjungi ramai penduduk kerana menyediakan perkhidmatan yang terbaik.

Kisah dalam novel ini semakin dramatik ketika kelahiran Abdul Malik atau lebih dikenali sebagai Ibn Zuhr. Beliau ialah anak Abul A'la yang mempunyai kecenderungan dalam bidang kedoktoran.

Ibn Zuhr dan bapanya pernah berganding sama memberi perkhidmatan di klinik warisan Abdul Marwan. Setelah kematian  Abul A'la. klinik tersebut diuruskan oleh Ibn Zuhr.

Kisah dramatik berlaku. Ibn Zuhr pernah dilarang untuk meneruskan operasi klinik mereka. Atas sebab engkar dengan perintah pemerintah, Ibn Zuhr melarikan diri ke Afrika Utara sebelum berhajat ke Mekah.

Namun Ibn Zuhr berjaya ditangkap dan disumbatkan dalam penjara di Afrika. Semasa dalam penjara Ibn Zuhr belajar lagi tentang ilmu pembedahan. 

Beliau pernah  membuat pembedahan ke atas seorang banduan yang sakit menggunakan sistem uji kaji ke atas haiwan sebelum pembedahan ke atas pesakit. 

Dalam penjara juga Ibn Zuhr banyak belajar tentang pembedahan dengan post mortem mayat banduan yang telah meninggal dunia.

Selepas beberapa lama dipenjara, Ibn Zuhr dibebaskan selepas kekalahan pemerintah di Sevila. Semasa keluar dari penjara, Ibn Zuhr mengabdikan diri dalam dunia perubatan dan pakar bedah yang hebat,

Banyak buku hasil tulisannya jadi kajian dan rujukan oleh pengkaji kesihatan di barat. Mereka menggunakan hasil tulisnnya sebagai rujukan selama 500 tahun.

Ilmu dan teknik pembedahan Ibn Zuhr masih digunakan sampai ke hari ini dan beliau adalah insan yang hebat dan genius dalam dunia perubatan dulu dan kini.

Itulah sedikit sebanyak rentetan kisah Ibn Zuhr  Ahli Perubatan dan Pakar Jantung dalam novel setebal 387 halaman.

Buku ini hasil tulisan Shafie Abdul Rahman yang dicetak pada tahun 2019. Harga senaskah RM31.90.

Sejujurnya buku ini wajar dibaca oleh pelajar perubatan  dan sesiapa sahaja yang berminat dalam dunia kesihatan.

Antara ilmu yang saya dapat melalui pembacaan buku sebegini ialah ketenangan hati penting untuk terus jadi sihat. 

Jadikan madu sebagai bahan suplimen yang terbaik serta jadilah insan yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.

Akhir kata, selamat membaca. 



Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. novel sejarah yg patut dibaca n milikinya

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian.
    Walau tak membaca bukunya, dapat juga tahu sedikit isi buku. Dan baru saya tahu adanya ilmuan Islam bernama Ibn Zuhr.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul....siapa yang belajar perubatan wajib tahu tokoh ini Ibn Zuhr

      Padam
  3. Balasan
    1. sangat hebat Uncle...mereka kuasai ilmu yang banyak dalam satu masa

      Padam
  4. bagusnya org miskin x perlu bayar

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagi bagus orang kaya sebab bayar lebih untuk dibagi kepada orang miskin hehehe

      Padam
  5. Penceritaan dibuat secara novel mesti menarik sebab ada dialog.

    BalasPadam
  6. makan seimbang, kurang lemak, garam, gula dan exercise untuk sihat badan

    BalasPadam