Header Ads Widget

Wanita Wajib Kaya

Selayaknya buku Wanita Wajib Kaya ditulis dan difokus untuk bacaan kaum hawa atau wanita sahaja.

Namun pengisian mesej bersifat universal untuk difahami dan dihayati oleh ssesiapa sahaja tanpa mengira wanita atau lelaki.

Buku yang mempunyai 124 halaman ini cukup nipis namun ilmu yang disampaikan sangat berat dan padat.

Harga cuma RM22 senaskah dan nilai ilmu pula jauh lebih mahal daripada itu.

Ia diterbitkan pada 2019 dan dikarang oleh Puan Fida Jaafar.

Saranan saya buku ini memang wajib dibaca untuk membina pemikiran dalam menunjangi kehidupan yang serba mencabar ini.

Menurut beliau wanita wajib kaya kerana ada beberapa alasan yang sangat padu.

Apakah alasan tersebut hanya boleh didapati dan diperolehi dalam buku Wanita Wajib Kaya.

Siapa yang baca dia akan tahu.

Semua daripada kita. tidak kira sesiapa pun memiliki dua modal yang sangat berharga iaitu akal dan masa.

Modal ini wajar dieksploitasi untuk membina kekayaan.

Dalam buku ini juga kita akan memahami apakah maksud real rich dan sebaliknya.

Puan Fida cukup cemerlang menerangkan konsep tersebut sehingga terkesan kuat kepada akal saya selepas membacanya.

Jadi dengan rasa rendah hati saya sangat rekomendasi agar semua wanita di luar sana wajib baca buku ini.

Para suami atau para ayah juga boleh sampaikan mesej penting ini yakni kepada isteri dan anak-anak mereka bahawa wanita wajib kaya.

Kalau bukan sekarang bila lagi masa yang layak, sesuai dan tepat untuk berbuat demikian.

Selamat membaca dan jumpa lagi.



Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Ala tidak beritahu sebab mengapa wanita perlu kaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau saya beritahu...tak aci la dengan orang yang jual buku nie hehehe

      Padam
  2. Kalau boleh sertakan sedikit perkongsian isi buku pun menarik ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa nak buat macam tu...tapi nak bagi teaser je untuk bakal pembeli hehehe

      Padam
  3. Sebagai wanita, saya mengiyakannyaa 💓

    BalasPadam