Ini pertama kali saya nak buat ulasan tentang komik. Mana tidaknya, sudah tidak konsisten untuk membaca buku. Alih-alih bertukar selera pulak untuk membaca komik,

Kesempatan ini saya gunakan membuat ulasan Komik Viral. Komik ini sangat santai dan bersahaja.

Mudah difahami dan disertakan dengan ilustrasi yang menarik. Saya terjumpa di dalam rak buku di rumah. Bukan saya yang punya.

Komik ini berketebalan 127 muka surat. Ia diterbitkan pada tahun 2021. Penulisnya Lemburock.

Apa yang menarik dengan Komik Viral ini ialah mesej yang disampaikan dalam bentuk humor.

Memang sasaran pembaca untuk golongan muda namun kaitan mesej untuk semua golongan.

Watak kartun dan latar belakang penceritaan sangat relevan dengan keadaan media sosial sekarang ini.

Saya yang membaca komik pada hujung minggu memang cukup terhibur juga.

Tahniah kepada penulis dan penerbit iaitu Keropok Publication Sdn Bhd.