Buku Gaya Hidup Sihat Mengatasi Obesiti memang menarik kalau dilihat secara luaran.
Wajar buku ini menidakkan kata-kata peribahasa 'jangan menilai buku dari kulitnya'.
Isi kandungan buku ini sangat bermanfaat untuk mereka kini menghidapi obesiti dan berhasrat untuk kembali ramping serta sihat.
Bukan itu sahaja, buku Gaya Hidup Sihat Mengatasi Obesiti jadi kemestian untuk kepada mereka yang ada potensi untuk menjadi obes dan ingin kekal sihat sedia kala.
Buku ini diterbitkan pada tahun 2013 sebagai cetakan pertama dan 2014 untuk cetakan kedua oleh DBP.
Ada lapan bab kesemuanya yang diakhiri kisah pengalaman penulis sendiri iaitu Dr Norsa'adah dari Bachok, Kelantan.
Beliau merupakan pensyarah perubatan yang bertugas di Universiti Sains Malaysia. ( ketika buku ini diterbitkan ).
Antara kupasan yang menarik tentang punca obesiti, jenis penyakit akibat obesiti dan sudah tentu cara penyelesaian juga disenaraikan oleh pakar perubatan ini.
Turut juga dibincangkan tentang makanan seimbang dan makanan yang patut dielakkan dalam mengatasi obesiti.
Sungguhpun begitu, bahagian yang paling utama adalah perbincangan tentang gaya hidup sihat.
Apakah cara terbaik?
Ikuti penjelasan lanjut dalam buku Gaya Hidup Sihat Mengatasi Obesiti yang pasti berbaloi untuk wang anda.
Harganya tidak setara dengan nilai ilmu yang bakal anda dapat.
4 Ulasan
Bagus mereka yang cari cara betul makan dan aktiviti-aktiviti boleh dilakukan.
BalasPadamkawal pemakanan...in sha Allah boleh sihat
Padamperlu selesaikan masalah obesiti cara terbaik dgn baca buku ni
BalasPadambila ada ilmu senang nak diet
Padam