Formula Kekayaan adalah naskah buku yang pernah saya baca .
Jujurnya buku ini antara buku yang menarik dan terbaik pernah saya baca.
Perkongsian idea yang bernas dan ilmu yang mantap oleh penulis dalam bidang pengurusan kewangan memang tidak mengecewakan.
Penulis buku ini, Puan Siti Eshah Md Rejab berasal dari Kedah.
Beliau sudah bersara dari bekerja makan gaji dalam jurusan perakaunan.
Kini menjadi suri rumah yang menceburi pelaburan dan pedagang Bursa Saham Malaysia sepenuh masa.
Saranan saya wajib baca buku ini jika ada hasrat dan impian untuk menjadi kaya.
Bagaimana hendak menjadi kaya ?
Apakah formula dan caranya akan dijawap dengan cara tersendiri melalui buku yang berketebalan 150 mukasurat.
Jika anda pembaca tegar boleh habiskan dalam satu hari.
Adalah elok kalau dibaca berulang-ulang supaya ilmu tersebut terus dipraktik dan bukan sekadar disimpan dalam fikiran.
Sementelahan pula buku ini baharu diterbitkan dalam bulan Disember tahun 2018 oleh Telaga Biru Sdn. Bhd.Boleh dikatakan masih segar dari ladang.
Ternyata buku yang dibahagikan kepada lapan bab utama memang ringkas namun padat.Gaya bahasa yang mudah difahami dan dihadami oleh semua peringkat umur.
Pendek kata amat sesuai dibaca oleh ahli keluarga sama ada ibu bapa dan anak-anak.
Ada tiga bab yang menjadi perhatian utama saya :
i.Strategi kewangan
ii.20 kesilapan kewangan
iii.Amalan menjemput rezeki
Ini tidaklah bermakna bab lain tidak penting.Setiap bab dikupas dan dihurai dengan begitu baik sekali.Saya amat suka pendekatan begini.
Jika hendak menjadi kaya mengapa takut untuk melabur buku yang berharga RM14 senaskah ini.Lagipun ilmu yang bakal anda dapat jauh lebih berharga dari nilai wang yang dilabur tersebut.
Kenapa?
Tak percaya ?
Untuk percaya sila dapatkan buku Formula Kekayaan hari ini juga.
Perkara yang boleh disegerakan mengapa pulak dilambatkan.
Betul tak ?
12 Ulasan
buku ramai yg minat nk baca ni
BalasPadambuku motivasu begini memang kegemaran ramai
Padammoga mendapat ilmu yg boleh dipraktikkan
BalasPadamya betul...moga ianya beri manfaat
Padambuku ini terlihat sangat menarik
BalasPadamsetuju dengan awak ye
Padambuku yang penuh dengan ilmu...terkhusus masalah manajemen keuangan ya
BalasPadamharus dibaca tak cukup sekali supaya paham dan bisa menerapkannya dalam kehidupan sehari-hari.
saya dah baca buku ini berulang kali
PadamHehe nak kaya di akhirat.
BalasPadamwah...bagus tu
Padamkaya tu dlm pelbagai faktor bkn hanya duit saja kan
BalasPadamkaya iman dan kaya budi bahsa pun bagus juga
Padam