Admin masih ingat dengan satu kata-kata popular ini, "Jangan lari sila duduk", sehinggalah admin terjumpa buku "Sila Baca, Jangan Tidur" ini. Macam sama walaupun realitinya sangat berbeza.
Dr Kamilin Jamilin menulis buku " Sila Baca, Jangan Tidur" dengan cukup baik. Judul buku ini sangat sederhana namun sangat dekat untuk menceritakan naskah bestseller yang berhalaman 277 muka surat.
Ada empat bab utama. Setiap bab menceritakan pelbagai isu Islam kontemporari dari sudut Al-quran, Al-hadis dan pandangan bebeapa tokoh yang hebat dan terkenal di negara ini dan negara luar.
Admin menyukai buku ini kerana sorotan dan pandangan Dr Kamilin adil. Tidak terlalu keras mengkritik dan tidak terlalu mengangkat dalam memberi pujian.
Secara realiti tidak ada pihak yang benar-benar bebas dari kesilapan atau dalam erti kata yang lainnya maksum.
Dalam buku ini ada diceritakan bagaimana pengalaman Dr Kamilin ketika berada di bumi para anbiya selama 10 tahun. Beliau berkesempatan menyaksikan sendiri pesalah dhukum di hadapan khalayak umum. Hukuman ini jarang-jarang untuk dilakukan di sana dan sesiapa yang berkesemparan memang bertuah.
Dalam kes tersebut pesalah dihukum pancung menggunakan pedang. Sebelum hukuman dilaksanakan ada hakim berunding dengan waris yang menjadi mangsa kepada pesalah. Berunding dengan bertujuan memohon waris memberi kemaafan kepada pesalah.
Jika rundingan gagal maka hukuman akan diteruskan. Orang ramai akan menjadi saksi dan berharap menjadi pengajaran kepada mereka untuk tidak mengulangi tersebut.
Itu cuma sebahagian kecil cebisan pengalaman penulis tentang isu pelaksanaan hukuman secara terbuka. Ada banyak lagi isu yang menarik.
Untuk mendapatkan pelbagai lagi cerita, pandangan, pengalaman boleh dapat sendiri buku "Sila Baca, Jangan Tidur" yang pernah dterbitkan pada tahun 2019.
6 Ulasan
Unik pengalaman penulis tengok hukuman pancung.
BalasPadamya betul tu...tidak ramai yang berpeluang untuk menyaksikan kejadian demikian
PadamOk, nak cari la buku ni. :)
BalasPadambagus..buku ini menarik untuk dibaca
PadamMenarik buku macam ni, sebab cerita hasil pengalaman di negara orang.
BalasPadamcara penulisan buku ini santai dan ringkas...amat mudah untuk difahami
Padam