Novel Bintang 'Al-Nilam Di Langit Mentakab' memang menarik untuk dibaca. Penulisnya memang admin sudah kenali di Facebook iaitu Khairul Hakimin Muhammad.
Dengan gaya bahasa santai dan bersahaja, ternyata novel ini cukup menarik untuk dibaca.
Buku ini mengisahkan Leman, anak Cikgu Muhammad. Leman membawa watak utama .Tempat penceritaan berlatar belakangkan kampung Pasir Rawa di Bandar Mentakab, Pahang.
Pelbagai kisah dan tema diangkat untuk mewarnai novel yang tebalnya 133 muka surat ini.
Sangat mudah dan senang untuk dihabiskan dalam masa sehari. Rasanya peminat tegar novel tidak ada masalah untuk khatam sekali harung.
Apa yang admin terkesan dengan buku ini adalah kisah persahabatan Leman, Faduli, Bahari dan Nurul. Mereka menunjukkan sifat setia kawan yang tinggi, tanggung jawab dan nilai murni yang lain. Benar utuhnya persahabatan itu tiada tara dengan wang ringgit.
Dalam pada itu, kisah Leman menyukai Nurul tidak kurang hebatnya. Cerita begini walaupun tidak begitu kompleks, ianya amat menarik. Apakah kesudahan kisah mereka ?
Kisah Leman berlumba renang dengan Raslan sangat saspen. Perlumbaan yang berakhir dengan tragedi lagi dramatik.
Pembaca pula akan bermain emosi dengan sentuhan kata-kata oleh penulis. Boleh jadi pembaca akan ketawa, cemas, menangis dan rasa bahagia. Itulah kuasa permainan kata-kata dalam sebuah novel.
Admin walaupun bukan peminat tegar novel sudah mula menyukai genre ini.
Novel begini biarpun tidak menyingkap kisah yang berat tetapi sarat dengan mesej yang berguna untuk diteladani pembaca.
Setelah membaca buku ini baharulah kita faham bagaimana kisah anak-anak kampung memjalani kehidupan seharian.
Sesiapa yang tidak pernah lahir di kampung wajar membaca buku ini sebagai penambah pengalaman yang berguna untuk kemudian hari.
10 Ulasan
Memang saya pernah baca cerpen/novel tentang kanak-kanak di kampung macam Jibam.
BalasPadambestkan...
Padamcerita di kampung mengingatkan saya kepada zaman kanak-kanak
buku perpustakaan ya ka
BalasPadamaok la cik miao..
Padambuku beli ada juak
"Penulis orang dekat dengan kampung kak ni
BalasPadamooo..ya kak PI.
Padambest la kalau macam tu
Cover cantik, tapi sayang ada barcode di tengah2...
BalasPadamsebab buku pinjam dari perpustakaan tuan hehehehe
PadamSaya dah lama tak baca novel melayu.
BalasPadamsesekali sekala layan la novel Melayu hehhehehe
Padam