Buku "Antologi Puisi Tradisional Sirah Nabawiyah"  yang admin baca ini merupakan permberian kedua blogger dan penulis sastera kita, kak Paridah Ishak

Kakak Paridah Isyak sendiri antara 28 penulis yang ada menyumbang karya dalam buku tersebut. Tahniah dan admin tumpang gembira atas kejayaan tersebut. 

Ia merupakan naskah kumpulan puisi, pantun, syair, nazam dan gurindam yang bersifat kerohanian. Dalam bahagian kedua menggunakan tulisan Jawi. Ternyata berjaya mengekalkan konsep tradisional.

Buku ini setebal 77 helaian. Ini tidak termasuk bahagian dalam bahasa Jawi. Tahun terbitan pula pada tahun 2020 oleh YADIM.

Admin galakkan pembaca memiliki naskah ini sebagai rujukan dan koleksi. Banyak pantun yang menarik dan puisi pula kaya dengan bahasa yang ada nilai kesasteraan tinggi.

Sesiapa yang berminat boleh dapatkan sendiri di Shoppee 

Sekian sahaja dan semoga ulasan yang sangat ringkas ini ada manfaatnya.