Membaca buku " Cemerlang MLM (Multi-Level Marketing ) " bagaikan mengimbas kembali kenangan dan pengalaman admin sendiri. Satu buku klasik tulisan Tuan Idris Mohd Said. Diterbitkan pada tahun 2005.

Admin pernah menceburi dunia MLM sekitar tahun 2000 lagi. Bukan sekali tetapi berkali-kali. Tahun terakhir admin terjun dalam dunia  MLM secara sepenuh masa pada  tahun 2009. Admin tinggalkan kisah tersebut. Artikel ini berkaitan dengan ulasan buku dan bukan kisah pengalaman admin hehehe.

Buku ini cuma ada 149 muka surat. Namun masa membacanya mengambil masa seminggu. Punyalah  sibuk dan gangguan masa untuk membaca bertali arus.

Ada 16 bab utama. Setiap bab dikupas terperinci cara-cara untuk berjaya dalam bisnes MLM. Lebih menarik lagi buku ini mengisahkan pengalaman jatuh bangun penulis dalam dunia MLM yang sangat indah dan mengujakan.

Bab pertama membicarakan kelebihan bisnes MLM berbanding bisnes lain. Bisnes ini berkongsepkan tolong diri sendiri dengan menolong orang lain. 


Dalam bisnes MLM, usaha untuk berjaya bergantung kepada sistem syarikat, kekuatan produk dan kesungguhan pengedar atau ahli. Ia tidak lari dari konsep pengguna, tajaan dan duplikasi. Menariknya MLM menjadikan kepuasan bekerja, pendapatan lumayan dan kehidupan yang cemerlang. Bebas wang dan bebas masa.

Perlu ingat, untuk mencapai kejayaan begini tidak semudah petik jari. Banyak halangan, dugaan dan ranjau yang wajib ditempuhi. Jika sanggup maka MLM tempat anda untuk berjaya, Jika tidak sanggup lebih baik berhenti berangan dan ceburi sahaja bidang lain.

Baca juga :Dua Jiwa Satu Cinta

Admin amat menyarankan sesiapa yang sudah terlibat atau akan terlibat dalam bisnes MLM untuk membaca buku seumpama ini. Belajar dan terus belajar. Amal dan terus beramal. Admin percaya usaha anda tidak akan sia-sia.

Bisnes MLM menjanjikan peluang untuk berjaya. Peluang ini hanya menjadi realiti jika dilakukan sungguh-sungguh tanpa menoleh ke belakang.

Itu sahaja perkongsian kali ini. Cubalah dan jangan tak cuba. Sekali cuba buat sampai jadi. 

Semoga ada manfaatnya.