Judul buku Luka Smajo agak unik dan aneh. Setuju tak dengan admin ? 

Buku yang admin baca ini merupakan antologi cerpen hasil tulisan Ummu Hani Abu Hasan. Ia dibukukan pada tahun 2010  oleh Must Read Sdn Bhd. 

Kesemua cerpen ini telah diterbitkan dalam pelbagai majalah sekitar tahun 2007 hingga tahun 2009.

Ada 17 buah cerpen kesemuanya. Admin amat tertarik dengan cerpen Luka Smajo. Mungkin atas sebab naratif dan tema yang bersifat kemanusiaan, peperangan dan cinta tanah air.

Cerpen Luka Smajo mengisahkan insan bernama Smajo. Beliau orang Bosnia Herzegovina. Hidup sebatang kara setelah kehilangan isteri dan tiga orang anaknya yang telah menemui Illahi. 

Kematian orang kesayangan Smajo akibat perbuatan Serb dalam konflik yang berlalu di sana. 


Perkampungan mereka dibakar. Kaum wanita diperkosa dan dibunuh. Ramai yang mati dalam kebakaran. 

Jeritan mereka bagaikan orang yang dihumban dalam api neraka. Ngeri dan menakutkan.

Hanya beberapa orang yang terselamat. Mereka yang terselamat mengalami trauma emosi yang amat mendalam. Salah seorangnya Smajo. 

Admin cukup terkesan dengan gaya penulisan cerpen tersebut. Naratifnya amat menyentuh emosi. 

Ada banyak lagi cerpen yang lainnya. Pelbagai tema diutarakan.  

Malah latar belakang cerita banyak melibatkan negara seperti Syria, Bangladesh, Indonesia dan Thailand. 

Admin sangat suka dan seronok membaca antologi cerpen begini. Bukan kerana jalan cerita yang bermesej semata-mata tetapi penggunaan bahasa yang santai tetapi sangat sarat dengan permainan emosi. 

Tema yang diangkat tentulah soal keimanan dan tauhid. Bagus sebagai sarana dakwah yang halus dan tepat sasaran. 

Kalau di pasaran admin tidak pasti ada lagi ke tidak. Nak cari boleh ke perpustakaan la jawapnya.

Oh ya di shopee ada jual selagi ada stok ya >> https://tinyurl.com/bp6uh5eb

Semoga ada manfaatnya.


  • Kemas kini 8/1/23