Pena & Picagari merupakan buku bertemakan info perubatan.Ringkas dan padat.

Isi kandungan sangat berinfomatif dalam menangkis segala mitos yang membelenggu benak fikiran masyarakat dulu dan kini.

Terima kasih kepada Tuan penulis Dr Khairul Hafidz yang sudi berkongsi info, ilmu dan pengalaman buat kami semua yang amat naif dalam bidang perubatan.

Admin akui membaca buku ini bagaikan terpukau minda dan rasa.Kekadang teremosi hingga titisan air mata ini berjuraian.

Ada juga masa tersenyum sendirian apabila membaca pelbagai kisah manusia yang kadang-kadang pelik bin ajaib.



Sesiapa sahaja terutama golongan yang sudah berusia mesti baca ini.Sebabnya sebilangan besar mereka masih  ‘kena kencing’ oleh pihak yang berkepentingan tertentu.Semoga selepas ini boleh terbuka mata dan menyedari realiti sebenar.

Sebagai contoh, ada juga yang sanggup berjumpa bomoh untuk membetulkan tulang yang patah.Mereka lebih percaya bomoh berbanding doktor itu sendiri.

Admin sendiri mengakui terbuka minda berkaitan pengambilan paracemol untuk penahan sakit dan melegakan demam.

Admin memang pantang dengan paracemol kerana berpendapat boleh merosakkan pinggang.Sedangkan info sebenar paracemol hanya merosak ginjal jika pengambilan berterusan tanpa pengawasan dan overdose.

Ada banyak lagi info menarik yang ditulis penulis dalam buku ini sebagai cara memperbetulkan salah tanggapan kepada dunia perubatan moden.

Sampai pada satu tahap kita lebih yakin kata-kata orang kebanyakan berbanding doktor.Sedangkan doktor sendiri telah menghambakan diri bertahun-tahun untuk belajar, berlatih dan mengaplikasi ilmu perubatan sebagai usaha menyelamat nyawa manusia.



Pegawai kesihatan, pembantu dan jururawat sebenarnya hero yang tidak didendangkan dalam memberi manfaat kepada manusia untuk kembali sihat.

Dengan 230 halaman dan berharga RM25 senaskah menjadikan buku Pena & Picagari wajib sebagai koleksi kita semua.Buku ini diterbitkan pada tahun 2017 oleh Puteh Press.

Cuma kelemahan buku ini, ada helaian yang berwarna menyebabkan mata admin sukar untuk membaca dengan selesa.Itu bukan masalah utama sebaliknya masalah admin yang sudah rabun dijejaki tua.

Makin tua makin menjadi juga tu ..hehehe

Dalam beberapa bahagian terakhir buku ada dikongsikan beberapa tips khas untuk budak Houseman ( doktor pelatih).Mereka ini wajib baca dan semoga mereka menjalani latihan praktikal dengan tabah dan waja demi profesi sebagai pengamal perubatan.

Itu sahaja ulasan kali ini dan jangan lupa jaga kesihatan serta jadilah masyarakat celik maklumat yang sahih sahaja.