Membaca buku Aku Budak Setinggan menjanjikan perasaan puas.
Ya, sebagai peminat dan pembaca buku tegar, admin akui membaca dari halaman pertama hingga ke halaman 220 tidak terasa masa berlalu.
Buku ini diterbitkan pada tahun 2015 dan berharga RM19.00 amat wajar dibaca oleh sesiapa sahaja terutama golongan pelajar.
Golongan pakcik seperti admin pun apa salahnya membaca buku yang berkonsepkan kisah benar begini.
Best giler layan kisah bagaimana seorang budak setinggan boleh berjaya menjadi doktor.
Kisah penulis dimulakan dari zaman kecilnya bersama abang kembarnya di kampung Laut, Skudai Johor.
Penulis lahir dalam keluarga susah namun kaya dengan didikan serta kasih sayang.
Kedua ibubapanya bukan hidup senang namun amat mementing pendidikan agama,sahsiah dan peribadi.
Mungkin sudah rezeki penulis yakni Tuan Dr Ezairy M. Sallih dan abangnya cemerlang semasa UPSR, PMR dan seterusnya SPM.Dengan kecemerlangan begitu mereka berdua diizinkan Allah SWT untuk menyambung pengajian di Mesir dalam bidang perubatan.
Kisah pasangan kembar ini pernah disiarkan dalam akhbar kerana cemerlang 12A1 dan berkahwin juga dengan pasangan kembar.Kiranya dalam sejuta kot.Kuasa Allah SWT tidak terjangkau oleh pemikiran manusia.
Namun perjalanan penulis dari zaman UPSR sehinggalah menggenggam segulung ijazah perubatan amat wajar kita ambil iktibar.
Kisah mereka berdua digarap dan dijalin dengan teliti.Diatur dan disusun penuh emosi sehingga admin tanpa sedar masuk habuk dalam mata.huhuhu
Admin sejujurnya suka pada bab percintaan dan alam perkahwinan penulis.Penuh dramatik dan menggugah rasa.Kalau rasa tidak kuat emosi sediakan sekotak tisu dan bakul sampah sekali.
Conform tangkap leleh.
Setelah habis membaca buku Aku Budak Setinggan baharu admin faham kemiskinan boleh diubah dengan berjaya dalam pelajaran.
Berjaya dalam pelajaran boleh dicapai dengan kekuatan usaha dan kerja keras.
Kejayaan tidak terhenti di situ.
Penulis terus berusaha dan cekal pula ketika menjadi doktor pelatih (houseman) sebelum layak ditauliah menjadi pegawai perubatan ataupun doktor.
Kejayaan demi kejayaan yang diraih adalah hasil berkat doa ibubapa, amalan spiritual dan setting minda yang tepat pada masa yang betul.
Ini penting.
Jika masih terkial-kial untuk berjaya admin amat sarankan pembaca untuk dapatkan naskah buku ini sebagai suntikan inspirasi.
Ketika ulasan ini ditulis pihak Karangkraf Mall ada menjual buku Aku Budak Setinggan dengan harga murah tak masuk akal di SINI.
Selamat membaca dan jumpa lagi.
18 Ulasan
semestinya banyak moral value diisi dalam buku ni. sukalah dengan cover dan isi dalam buku yang ada gambar kartun. sebab peminat komik daripada novel :)
BalasPadambuku ini menggunakan tekbik story telling dan tidak la mcam novel sangat.
Padambaca sinopsis pon dah rasa motivated...apatah lagi kalau membaca sendiri
BalasPadamalhamdudillah..
Padamnasib baik tak tulis habis..
kalau tulis habis ...nanti buku tak terjual pulak hehehe
Kena beli buku ni, macam sarat dengan pelajaran dan teladan je..
BalasPadamsaya sarankan beli online..murah jer RM5 senaskah kalau masih ada stok.
Padamsuke gila kumpul buku2 cmni dulu
BalasPadamboleh dimulakan balik hobi tu
Padamada terjumpa buku ini tapi tak sempat lagi nak baca.. perkongsian yang menarik..
BalasPadamkalau ada masa ...jom la baca untuk perkongsian minda
Padamteringat kenangan duduk setinggan masa kecik dulu. Malu dengan kawan-kawan yang duduk kond dan banglo
BalasPadamtak pe...
Padamsekarang pun awak dah duduk dekat mahligai bahagia...
saya tumpamng gembira
buku ni sangat membantu bagi yg memerlukan
BalasPadamkekuatan untuk berubah
ya betul tu..
Padamterutama tentang konsep kerja kerja keras dan tidak mudah berputus asa
perkongsian yang menarik.
BalasPadambuku ini sah menarik juga
Padamsetinggan ni satu kehidupan yang penuh kesukaran. Pernah baca satu lagi kisah selebriti yang berasal dari anak setinggan juga.
BalasPadamujian yang berat juga tu..
Padamhidup dalam serba kekurangan dan