Akhirnya buku “Bawa Cinta Kita Ke Syurga” berjaya admin habiskan bacaan.Itupun dalam tempoh yang cukup lama.Buku ini menarik dengan sajian bahasa yang indah dan garapan idea yang mantap.

Ternyata sentuhan penulis terkenal, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi memang kena pada masanya.Faham-faham sahaja pada ketika ini dengan trend kemelut rumah tangga begitu mencengkam jiwa manusia.

Sudah pasti topik utama buku ini berkaitan tentang cinta dan rumah tangga.

Ada 20 bab utama dengan ketebalan 219 halaman.Diakui tebal namun menarik kerana ada halaman tertentu disertakan gambar berwarna.Fon juga berwarna.Ini menarik minat admin untuk terus membaca sehingga halaman terakhir.

Buku ini dicetak pada Jun 2019 dan masih baru di pasaran.Isu yang diketngahkan masih segar dengan keadaan semasa.

Admin menyarankan kepada mereka yang bakal dan telah berumahtangga untuk memiliki naskah “Bawa Cinta Kita Ke Syurga”

Sebabnya melayari rumah tangga pada zaman ini bakal berdepan dengan badai dan gelombang yang bertali arus.

Isikan minda dengan ilmu cinta yang bersandarkan nas-nas agama.Jika tidak, boleh jadi terumbang ambing setelah dijengah masalah.Janganlah bila sudah terhantuk baharulah terngadah.

Pada masa itu nasi sudah menjadi bubur.Tangisan darah sekalipun sudah tidak berguna lagi.Fahamkan kiasan ini yang merujuk kepada kes bercerai berai.

Benda boleh bincang buat apa mahu berpisah.

Jika sesat di tengah jalan kembalilah ke pangkal jalan.Kata orang, buang yang keruh dan ambil yang jernih,Lainlah jika segala usaha dan jalan penyelesaian menemui jalan buntu.

Bahagian dua

Selepas habis membaca buku pertama admin beralih pula kepada buku yang seterusnya iaitu buku “Merawat Cinta Dalam Rumah Tangga” .Inilah buku sambungan kepada buku yang pertama.

Dengan ketebalan 209 halaman dan dilengkapi 18 bab cukup berbaloi untuk dimiliki.Bukan setakat itu, sangat sesuai dijadikan rujukan pada pasangan suami isteri.

Admin berpendapat ada pasangan suami isteri yang masih dalam ikatan perkahwinan tetapi kurang bahagia.

Andainya hubungan yang dulu hangat dan mesra tetapi kini sudah sejuk dan hambar, jangan dibiarkan begitu sahaja. Penyelesaian boleh dicari dan didapati dalam buku “Merawat Cinta Dalam Rumah Tangga”.

Jangan rasa terbeban untuk memiliki buku yang berharga RM30 ini.Ada apa dengan wang ringgit seandainya kebahagiaan yang kita dambakan tidak kunjung tiba.

Sebab dengan membaca sahaja kita boleh menambah ilmu pengetahuan dan memperkayakan pengalaman hidup.

Apa lagi dapatkan hasil tulisan Ustaz Pahrol Mohamad  ini sekarang juga di pasaran.