Header Ads Widget

Bawa Cinta Kita Ke Syurga



Akhirnya buku “Bawa Cinta Kita Ke Syurga” berjaya admin habiskan bacaan.Itupun dalam tempoh yang cukup lama.Buku ini menarik dengan sajian bahasa yang indah dan garapan idea yang mantap.

Ternyata sentuhan penulis terkenal, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi memang kena pada masanya.Faham-faham sahaja pada ketika ini dengan trend kemelut rumah tangga begitu mencengkam jiwa manusia.

Sudah pasti topik utama buku ini berkaitan tentang cinta dan rumah tangga.

Ada 20 bab utama dengan ketebalan 219 halaman.Diakui tebal namun menarik kerana ada halaman tertentu disertakan gambar berwarna.Fon juga berwarna.Ini menarik minat admin untuk terus membaca sehingga halaman terakhir.

Buku ini dicetak pada Jun 2019 dan masih baru di pasaran.Isu yang diketngahkan masih segar dengan keadaan semasa.

Admin menyarankan kepada mereka yang bakal dan telah berumahtangga untuk memiliki naskah “Bawa Cinta Kita Ke Syurga”

Sebabnya melayari rumah tangga pada zaman ini bakal berdepan dengan badai dan gelombang yang bertali arus.

Isikan minda dengan ilmu cinta yang bersandarkan nas-nas agama.Jika tidak, boleh jadi terumbang ambing setelah dijengah masalah.Janganlah bila sudah terhantuk baharulah terngadah.

Pada masa itu nasi sudah menjadi bubur.Tangisan darah sekalipun sudah tidak berguna lagi.Fahamkan kiasan ini yang merujuk kepada kes bercerai berai.

Benda boleh bincang buat apa mahu berpisah.

Jika sesat di tengah jalan kembalilah ke pangkal jalan.Kata orang, buang yang keruh dan ambil yang jernih,Lainlah jika segala usaha dan jalan penyelesaian menemui jalan buntu.

Bahagian dua

Selepas habis membaca buku pertama admin beralih pula kepada buku yang seterusnya iaitu buku “Merawat Cinta Dalam Rumah Tangga” .Inilah buku sambungan kepada buku yang pertama.

Dengan ketebalan 209 halaman dan dilengkapi 18 bab cukup berbaloi untuk dimiliki.Bukan setakat itu, sangat sesuai dijadikan rujukan pada pasangan suami isteri.

Admin berpendapat ada pasangan suami isteri yang masih dalam ikatan perkahwinan tetapi kurang bahagia.

Andainya hubungan yang dulu hangat dan mesra tetapi kini sudah sejuk dan hambar, jangan dibiarkan begitu sahaja. Penyelesaian boleh dicari dan didapati dalam buku “Merawat Cinta Dalam Rumah Tangga”.

Jangan rasa terbeban untuk memiliki buku yang berharga RM30 ini.Ada apa dengan wang ringgit seandainya kebahagiaan yang kita dambakan tidak kunjung tiba.

Sebab dengan membaca sahaja kita boleh menambah ilmu pengetahuan dan memperkayakan pengalaman hidup.

Apa lagi dapatkan hasil tulisan Ustaz Pahrol Mohamad  ini sekarang juga di pasaran.



Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. Bagus kalau dua2 pasangan baca tapi kalau ikut suami saya memang tak lah dia nak baca. Penat dah saya ajak baca buku, game lagi best katanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. membaca adalah tabiat dan minat..

      kalau kita tidak minat game mana bisa untuk disuruh berbuat demikian

      Padam
  2. Ada topik Merawat Cinta Dalam Rumah Tangga tu eye-catching la..kadang2 rasa hambar, elok baca ni..

    BalasPadam
  3. Nice review 👍👍 thanks for sharing.

    BalasPadam
  4. Yang dah kahwin pun elok juga baca. Tambah ilmu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu yang sebaiknya..sebagai panduan yang amat berguna

      Padam
  5. terbaik admin.. perkongsian yang menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah terima kasih...moga bermanfaat hendaknya

      Padam
  6. belum pernah baca hasil penulisan ni...sedang gigih menghabiskan i haert series....hehehe....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pe.

      take a time...enjoy reading life hehehe

      Padam
  7. InsyaAllah boleh di baca utk menambah ilmu rumahtangga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu...moga kita mampu membina rumahtangga yang bahagia

      Padam
  8. Penulisan Ustaz Pahrol Mohamad mmg terbaik. Terima kasih tuan share. Moga bermanfaat bagi mereka yg mencari buku yg sesuai utk ilmu rumahtangga

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih...sebetulnya saya buat review begini supaya saya ada track rekod dengan buku yang telah saya habis baca...

      Padam