Header Ads Widget

Mengapa Bisnes Gulung Tikar



Judul buku ‘Mengapa Bisnes Gulung Tikar’ seperti soalan.Rupanya selepas membaca baharulah admin tahu bahawa buku ini sebenarnya memberi jawapan dan solusi kepada persoalan bisnes atau perniagaan yang menghadapi masalah.

Dunia bisnes memang mencabar dan menarik.Hanya hati yang kental dan jiwa teguh mampu menghadapi sepak terajang dalam bidang ini.

Terdapat 44 jawapan kepada persoalan mengapa bisnes yang kita usahakan boleh lingkup atau gulung tikar.Semua ini ada dikupas dengan begitu menarik sekali oleh dua orang penulis iaitu Ahmad Amri Zainal Adnan dan Nurasyikin Ahmad.

Buku yang diterbitkan pada tahun 2007 ini tidak akan mengecewakan terutama dalam bab asas perniagaan.Cuma dalam isu teknologi sudah ketinggalan kerana admin menjumpai buku ini pada tahun 2019.Tempoh 12 tahun cukup lama dan ledakan teknologi tidak mampu dibendung lagi terutama trend bisnes pada masa kini dan masa yang akan datang.

Bagaimanapun perkara asas perniagaan seperti elemen produk, pemasaran dan pengiklan serta seni menjual masih sama.Selagi produk boleh memenuhi keperluan pelanggan selagi itulah produk tersebut masih diperlukan dalam pasaran.



Dengan ketebalan 154 halaman dan berharga RM21.00 bukan dalam kategori mahal.Itu adalah harga pada 10 tahun yang lepas.

Jika pembaca terserempak dengan buku ini di pasaran atau perpustakaan  disarankan untuk membacanya.Amat bagus dijadikan panduan kepada para atau bakal usahawan dalam menghadapi dunia yang menjanji cabaran tersebut.

Admin  juga terkesan dengan idea penulis bahawa kegagalan usahawan dalam bidang bisnes kerana kesilapan memilih bisnes dengan personaliti mereka sendiri.Dalam istilah lainnya ialah business matching tidak kena dengan orangnya.

Huraian lebih lanjut ada dalam buku ‘Mengapa Bisnes Gulung Tikar’

p/s: Usah malu-malu untuk like Page Obses Buku

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. menguruskan kewangan bisnis dgn baik insyaa Allah tak gulung tikar

    BalasPadam
    Balasan
    1. dengan usaha yang sungguh-sungguh dan bijak kawal kewangan memang boleh elak bisnes akan gulung tikar

      Padam
  2. Bagus buku nie... At least, kita boleh buat kajian terlebih dahulu sebelum buat keputusan untuk mencebur bidang perniagaan nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebaik-baiknya sebelum bisnes...tuntut ilmu

      mencegah lebih baik daripada mengubati hehehe

      Padam
  3. masuk bidang perniagaan tidak mudah ya, butuh perjuangan ektra keras agar tidak sampai gulung tikar

    BalasPadam
    Balasan
    1. bisnes merupa ujian demi ujian...siapa yang lulus ..in shaa Allah boleh bejaya

      Padam