21.7.19

Syam Negara Misteri Akhir Zaman


Isu berat.Ya, memang berat kerana buku ‘Syam Negara Misteri Akhir Zaman’ cukup lama untuk admin habiskan bacaannya.Admin akui buku ini sarat dan serius dengan isu iman dan pergolakan semasa serta akan datang.

Ia dikupas dan digarap dengan begitu cantik bersandarkan Al quran dan Al hadis.Terbaik untuk mereka yang ingin menambahkan pengetahuan dan keimanan berkaitan hari Kiamat.

Syam adalah wilayah yang terdiri dari negara Syria, Palestin, Jordan dan Lubnan.Bagaimana pun buku yang tebalnya 196 halaman ini banyak membincangkan sejarah, keistimewaan, kehebatan dan pergolakan yang berlaku di negara Syria sekarang ini.

Buku yang diterbitkan pada tahun 2017 sangat tepat pada masanya.Ketika ini dunia Timur Tengah belum aman  sepenuhnya dari pelbagai pergolakan oleh kuasa besar dunia dan perebutan kuasa dalam negara itu sendiri.

Syabas kepada penulis buku ‘Syam Negara Misteri Akhir Zaman’ kerana berjaya menghasilkan karya yang admin anggap cukup hebat.Beliau ialah Tuan Anwar Majdi Ashan.Seorang pendakwah bebas yang pernah belajar di secara bertalaqqi dengan guru di Syria.




Pembaca boleh memiliki buku yang diterbitkan  Telaga Biru ini dengan harga RM20 senaskah.Pelaburan yang berbaloi dalam mendalami kisah-kisah akhir zaman yang begitu mengocak perasaan.

Membeli buku ini boleh membantu mereka mengumpul dana dalam misi kemanusiaan kepada pelarian Syria.Dilaporkan rakyat Syria keluar melarikan diri dari tanahair sendiri demi menyelamatkan nyawa dari kekejaman kerajaan Basir Al Assad.

Inilah kemelut dan misteri wilayah Syam yang harus kita  fikirkan bersama sebagai umat Islam yang bersaudara.

p/s: Jom like Page Obses Buku

Author:

2 ulasan:

  1. menarik ulasannya teringin nak milikinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. buku ini sangat menarik...banyak petikan Al Quran & Al Hadis..dan seronok baca

      Padam