Header Ads Widget

Jika Saya TIDAK Ke Universiti



Buku ‘Jika Saya Tidak Ke Universiti’ berkonsepkan coretan pengalaman penulis yang penuh inspirasi.Admin percaya ramai yang bertuah kerana berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.Bagaimanapun lebih ramai lagi yang tidak berkesempatan untuk ke tempat tersebut.

Usahlah  berasa rendah diri kerana corak dan perjalanan hidup ini bukan bergantung semata-mata pada segulung ijazah atau diploma.

Persoalan beginilah telah dirungkai oleh Tuan Muhabir Ibrahim dalam buku yang tebalnya 151 mukasurat.Ianya terbahagi kepada 25 bab dan dihurai dengan buah fikiran yang tajam dan teliti.Malah telah disertakan beberapa pesanan tokoh hebat dunia

Buku yang diterbitkan pada tahun 2018 oleh Pekan Info Publication Sdn Bhd ini  cuma berharga sekitar RM22.00 senaskah.Pada perkiraan admin amat berbaloi untuk dimiliki pembaca kerana sarat dengan mesej yang menyuntik semangat untuk melihat sudut kehidupan dengan lebih luas.

Malah admin mengetahui beberapa info menarik seperti siapa mentor kepada penceramah hebat dunia iaitu Zakir Naik.Bagaimanana Zakir Naik boleh berjaya dan sebagainya.Saya sengnaja tidak didedahkan agar pembaca boleh dapatkan  sendiri info tersebut dalam buku ini.

Sungguhpun begitu admin masih tidak berpuas hati siapa penulis buku ini sebenarnya yakni Muhabir Ibrahim.Maklumat  penulis  tidak disertakan.Mungkin antara taktik dan strategik pihak penerbit.

Sejujurnya admin akui buku ‘Jika Saya TIDAK Ke Universiti’ perlu dibaca oleh para pelajar, bakal graduan dan masyarakat umum  untuk mencipta kejayaan yang cemerlang dan terbilang.




Pls: Nak dapat ulasan buku terkini jom like Obses Buku

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. tidak semua berpeluang ke universiti kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe..peluang untuk berjaya banyak pintunya

      Padam
  2. nice review admin.. memang perlu dibaca dan dihayati oleh setiap pelajar ipt.. done like fb page admin ;)

    BalasPadam
  3. Peluang untuk berjaya tidak semestinya kena jejak kaki ke University..

    Tapi tulah kena baca juga kenapa author tu cakap mcm tu 🤔

    BalasPadam
    Balasan
    1. siapa yang masuk universiti kira beruntung...

      siapa yang tidak berpeluang..jangan pula rasa rendah diri kerana dunia kat luar adil untuk kita rebut peluang kejayaan

      Padam