Header Ads Widget

The Speed Reading Book [ Edisi Bahasa Melayu ]




Dua hari sebelum raya admin berjaya habiskan bacaan buku The Speed Reading Book.Buku ini telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu dan berada di pasaran sebagai Edisi Bahasa Melayu.

Penulisnya memang tidak asing lagi iaitu Tony Buzan.Admin sudah membaca buku Tony Buzan sejak berada di Tahun Enam lagi.Teori tentang Otak Kanan dan Otak Kiri serta Peta Minda adalah perkara yang admin belajar dari buku Tony Buzan sebelum ini.


Buku yang berketebalan 218 mukasurat bukan terlalu sukar untuk admin habiskan dalam sehari baca.Namun rekod bacaan pantas yang terbaik ialah 1000 patah perkataan dalam seminit.Bagaimana nak ukur kepantasan tersebut ada dinyatakan dalam buku ini.

Lagipun buku ini terang-terangan mengajar kita teknik membaca pantas.Jadi praktikkan sahaja untuk mendapat kemahiran tersebut.

Ada empat bahagian utama yang mengandungi 15 bab.Setiap bab seronok dibaca.Sementelahan lagi ada latihan dan ujian untuk melihat sepantas mana kemahiran kita membaca buku atau artikel.Sebab itu wajib beli berbanding pinjam kerana senang nak buat ujian kendiri.
 

Buku ini boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar sekolah,ibubapa atau sesiapa sahaja yang ingin meningkatkan kemahiran membaca pantas.Membaca pantas banyak kelebihannya dan tujuannya.

Antara tujuan membaca pantas tentulah untuk :

1.membaca secara dramatik
2.meningkatkan kefahaman
3.mengekalkan kefahaman
4.menambahbaik  pengetahuan
5.jimat masa
6.bina keyakinan diri
7.Pupuk motivasi membaca




Bersyukur juga kerana Pihak PTS telah menerbit buku Tony Buzan ini pada tahun 2018 dalam bahasa Melayu.Harga buku ini masih berbaloi sekitar RM33.00 senaskah.Namun jangan rasa rugi untuk memiliki buku kerana ia adalah gedung ilmu yang tinggi nilainya.

Percayalah ilmu yang terkandung dalam buku  The Speed Reading Book ini tidak akan lapok dek hujan dan tak lekang dek panas.
 

Maka benarlah kata Tony Buzan, membaca bagi minda ibarat latihan aerobik pada badan.

Jika begitu keadaanya jom dapatkan naskah buku ini dalam memantapkan lagi kemahiran membaca pantas kita.

p/s: Kepantasan admin membaca baharu sahaja mencecah 500 patah perkataan seminit.Belum boleh dibanggakan sangat.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. teknik membaca dgn betul harus ambil tahu

    BalasPadam
  2. Wow, suka buku Tony Buzan. Sampai sekarang saya buat notes guna mind map macam Tony Buzan ajar, memang sukalah beliau!

    BalasPadam
    Balasan
    1. patutla awak pandai..

      lepas ini boleh praktis speed reading pulak

      Padam