Sekali lagi admin berjaya mengkhatamkan sebuah buku rumahtangga berjudul Mutiara Syurga Di Kamar Suami Isteri.Buat pengetahuan semua buku ini admin beli pada tahun 1997.Buku ini dicetak pada tahun 1996.
Pada ketika itu admin membeli naskah ini dengan harga RM12 sahaja.Memang murah giler pada zaman tersebut.
Penulisnya ialah N.Nasuha M.A dan diterbitkan oleh Darul Nu’man.Sejujurnya buku ini agak tebal dengan 244 mukasurat.
Buku panduan rumahtangga ini sangat padat dengan ilmu seksual, fakta tentang organ kelamin wanita dan lelaki dan yang paling menarik diselitkan dengan pelbagai teknik bersetubuh yang sebetulnya dalam Islam.
Ada 10 bab yang lengkap.Setiap bab menceritakan dengan panjang lebar fakta,teori dan ilmu berkaitan ilmu dalam membentuk keluarga bahagia.Pendek kata pembaca akan terkasima dengan pelbagai ilmu belum didedahkan sebelum ini.
Admin amat menyarankan para suami atau para isteri di luar sana untuk mempelajari dengan serius ilmu dan seni ranjang.Tujuannya untuk kebahagiaan rumahtangga itu sendiri.Asas kebahagiaan rumahtangga adalah kesempurnaan melayari hubungan seks.
Tidak timbul isu malu untuk mengetahui lebih lanjut apa itu klimaks, jimak, onani dan sebagainya.Kesemua info begini sudah diterangkan dalam buku Syurga Di Kamar Suami Isteri.
Terpulang kepada pembaca untuk mencarinya di pasaran atau perpustakaan.Semoga perkongsian ini bermanfaat hendaknya.
0 Ulasan