Admin pernah mentelaah satu buku hebat.Buku yang bertajuk Quranic Law Of Attraction hasil penulisan Rusdin S.Rauf.Satu buku yang membolehkan kita mengenali Hukum Tarikan bersandarkan Al-Quran.Memang terbaik dalam kelasnya tersendiri.
Harga buku Quranic Law Of Attraction adalah RM15.90 dan harga ini tidak setanding dengan ilmu yang bakal pembaca ketahui.Kesannya pula akan lebih baik jika dipraktik dan diamalkan secara istiqamah.Apa jua ilmu walaupun sedikit boleh memberi kesan maksima jika dihayati dengan sangat serius.
Intipati terbaik dalam buku ini ialah tenaga doa,syukur dan sabar.Admin akan kongsikan secara santai bagaimana tenaga doa,tenaga syukur dan tenaga sabar bergabung dalam memberi kekuatan kepada Hukum Tarikan.
1.Tenaga doa
Doa adalah senjata orang mukmin.Senjata untuk kebaikan dan manfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain.Dengan keyakinan dan pengharapan sungguh-sungguh in shaa Allah doa kita pasti Allah makbulkan baik urusan dunia maupun akhirat.Tidak kira cepat,lambat maupun ditangguhkan di akhirat kelak,Malah ada doa yang menjadi penghalang kepada musibah yang bakal menimpa kita.Hebatkan manfaat dan kekuatan doa.
2.Tenaga syukur
Dengan mensyukuri nikmat yang telah Allah SWT kurniakan maka nikmat terus bertambah dan bertambah banyak.Hati semakin tenang,fikiran semakin postif dan jiwa semakin jernih.Orang yang bersyukur tidak mengeluh.Sebaliknya hati mereka redha dan pasrah Situasi ini pastinya mengundang rezeki yang luarbiasa dan tak terjangka.Dengan anugerah tersebut admin yakin bahawa tenaga syukur terus mengalir dalam badan mereka untuk sentiasa mendekati Allah SWT.
3.Tenaga sabar
Sabar banyak hikmahnya.Sabar yang terunggul adalah sifat yang boleh mengawal diri ketika sedang kemarahan.Selain itu tenaga sabar diperlukan untuk kekuatan jiwa dan ketahanan mental.Bukan itu sahaja,sabar juga membolehkan kita tetap tenang menghadapi ujian yang berat maupun gentir.Akhirnya buah kesabaran membentuk pesona karismatik yang sukar dimiliki oleh kebanyakan orang.
Begitulah sedikit sebanyak intipati yang terbaik dalam buku Quranic Law of Attraction.Memang terang lagi bersuluh bahawa Hukum Tarikan memang bersumberkan Al-Quran.Pendekatan dan dimensi lain perlu dikaji dan diteliti dengan mendalam.
Admin semakin berminat dengan Hukum Tarikan.Biarpun penulis buku dari Barat mendakwa mereka yang menemui ilmu ini namun mrhanafi tetap yakin sumber dari Al-Quran memang tiada tolok bandingnya berkaitan ilmu Hukum Tarikan.
Terima kasih kerana sudi membaca dan jom Like Page >>> Obses Buku
p/s: Ulasan buku ini pernah diterbitkan pada 29 Jun 2016 dalam blog mrhanafi.com.Kini diolah semula supaya matching dengan blog yang baharu ini.
4 Ulasan
TERBAIK ULASANNYA AKAN CUBA CARI INSYAA ALLAH
BalasPadammudahan dapat jumpa..
Padamterima kasih ye Kak PI
alhamdulillah, seronok juga baca buku macam ni.Supaya tak lari dari landasan syarak. Memang nak kena cari
BalasPadammudah sahaja sebenarnya..
Padamjangan taksub dengan ilmu.
taksub dengan Allah ok sangat la