Header Ads Widget

Lahirnya Seorang Jutawan



Admin suka shopping selepas habis waktu bekerja.Shopping adalah terapi emosi yang sangat berkesan.

Namun hari ini mood admin spoil walaupun shopping itu membahagiakan.Spoil kerana kesilapan cashier.

Adakah patut cashier tersilap key in harga barang yang admin beli.Maksudnya admin terpaksa membayar harga dua kali ganda.Nasib baik jumlah yang sedikit.

Namun jumlah sedikit atau besar bukan persoalan utama.Pokoknya cashier melakukan kesilapan dan admin terkesan dengan perasaan kesal.

Admin kesal kerana baharu sedar kesilapan berlaku setelah sampai di rumah.Nasi sudah menjadi bubur.

Mentang-mentanglah admin baharu sahaja menghabis bacaan buku Lahirnya Seorang Jutawan hasil tulisan Azizi Ali.Beliau merupakan seorang penulis buku bestseller yang bertaraf jutawan.

Melalui pembacaan buku ini telah menyedarkan admin banyak perkara terutama soal kewangan dan corak perbelanjaan.Senario tadi adalah kesan segera selepas membaca buku tersebut.

Admin tersentap kerana berfikir selama ini hanya berbisnes sahaja boleh menjadi kita kaya, sedangkan dengan bekerja makan gaji juga kita masih berpeluang untuk menjadi jutawan.Syaratnya tahu dan faham bagaimana ilmu tersebut diaplikasikan dalam kehidupan ini.

Buku yang diterbitkan pada tahun 2004 oleh TrueWealth Sdn Bhd memang terbaik dalam kelasnya.Admin mula terfikir dalam hati, mengapa tidak membaca buku ini sejak mula diterbitkan lagi.Oh..alangkah rugi hanya dibaca pada tahun 2019.

Biarpun dengan ketebalan 220 mukasurat tidak menghalang admin menghabis bacaan dalam masa dua hari.Tempoh ini memang bukan yang terbaik.

Namun admin membaca dengan sangat enjoy dan seronok walaupun topik kewangan bukanlah isu mudah untuk dihadam begitu sahaja.Cara penulis menerangkan teori dan informasi sangat santai dan bersahaja.Diselit pula dengan unsur-unsur humor.Memang admin tersenyum sendiri bagaikan si jejaka tengok syok bercinta.

Admin tak tahu nak cakap apa dah.Jika masih ada stok buku ini dipasaran jangan ragu-ragu untuk sembat satu.Ilmu yang dikongsikan sangat mahal Dan bernilai.

Dikhabarkan Azizi Ali membaca sebanyak 500 buah buku yang berkaitan untuk menghasilkan buku seperti ini dan sebelumnya.

Apa lagi, jom baca buku jika anda rasa ingin menjadi jutawan walaupun masih bekerja makan gaji…


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. MINAT NAK JADI JUTAWAN SEMAI SEJAK MUDA N BIJAK MENGURUS DUIT

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ada peluang mengapa tidak untuk merebut kehebatan menjadi jutawan

      Padam
  2. Teringin pula nak jadi jutawan. haha

    BalasPadam