Header Ads Widget

Panduan Menjaga Kesihatan Seksual



Penulis buku Panduan Menjaga Kesihatan Seksual ialah Dr Ismail Tambi.Beliau adalah pakar sakit tuan yang tersohor negara.Jadi tidak hairan buku ini antara suplimen minda yang sangat bagus kepada pembaca.

Tidak kira lelaki atau wanita.Muda atau berusia.Yang penting ada keinginan untuk menjaga kesihatan alat sulit masing-masing demi kebahagiaan diri dan keluarga.Ingat alat sulit yang kita miliki cuma satu set sahaja.Kerosakan atau kehilangan tiada galang gantinya.

Buku yang menjadi tumpuan admin kali ini berkaitan dengan isu Sakit Tuan dan Sakit Puan.

Membaca buku yang setebal 177 mukasurat ini akan membuka minda pembaca tentang pelbagai persoalan tentang perkara yang selama ini amat malu kita bincang secara terbuka.

Masalah ramai pulak yang suka 'buka-buka'.Pelikkan.




Buku yang diterbitkan pada tahun 2006 oleh PTS Millennia sangat  berbaloi untuk dibeli dengan harga RM19 senaskah.Siapa kata mahal tu memang belum menghargai ilmu tentang kesihatan.

Walaupun buku tulisan Dr. Ismail Tambi hanya ada enam topik utama dan 78 subtopik tidak bermakna sangat ringkas.Sebaliknya kandungan buku ini amat mantap agar pembaca mendapat manfaat secukupnya.

Admin percaya selepas membaca naskah buku ini kita akan ada kesedaran.Jika ada masalah jangan derita dalam diam.Sebaik rujuk dengan pakar atau doktor yang bertauliah di hospital.

Nak tahu ..carilah sendiri di perpustakaan atau beli jika masih ada dijual di kedai buku.Siapa tahu itu tuah anda untuk mendapat ilmu yang bukan calang-calang ini.

p/s: Tolong like page Obses Buku


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Owhh... ada juga yang buat macam nie ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang la...manusia itu pelik dan macam-macam ada

      Padam