Header Ads Widget

Hukum Tarikan

 

Admin sudah terbeli buku Hukum Tarikan atau Law of Attraction hasil karya Michael J.Losier.Rasa bahagia dan bersyukur sangat sangat.Sebab sudah lama mencari di perpustakaan.

Tak jumpa-jumpa.

Admin terjumpa di gerai pameran buku.Harga yang ditawarkan tak masuk akal.Maklum sahaja buku edisi lama tetapi ilmu tersebut evergreen.

Senaskah cuma RM6 sahaja.Hanya naskah itu sahaja yang tertinggal.

Buku ini diterbitkan pada tahun 2013 hasil cetakan ke tujuh.Cetakan pertama pada tahun 2008 dan ditulis dalam bahasa Melayu.

Yang penting perkongsian saya ini boleh dibaca dan dimanfaat oleh pembaca.Boleh juga sebagai nota digital saya sendiri.Mungkin pada suatu masa nanti boleh dijadikan rujukan peribadi.

Sebelum kita pergi jauh lagi,alangkah eloknya saya berkongsi takrifan Hukum Tarikan secara mudah.

“..Saya dapat menarik apa sahaja perkara ke dalam hidup saya dengan penuh perasaan dan seluruh perhatian tanpa mengira positif atau negatif..”

Secara mudahnya fikiran dan perasaan jika bersatu akan menjadi kuasa semulajadi manusia untuk mendapatkan segala impian dan cita-cita.

Cuma dikhuatiri keburukan dan kecelakaan jika hukum tarikan tersebut disertai dengan fikiran dan emosi negatif.

Intipatinya kita wajar untuk menjaga fikiran supaya positif dan perasaan yang bersih lagi baik..

Cukuplah setakat ini dahulu.

Catat Ulasan

0 Ulasan