Header Ads Widget

Nak Kaya Seribu Daya

Sudah lama saya tidak menulis ulasan buku dalam blog ini.

Alhamdulillah, beberapa hari yang lepas saya berjaya menghabiskan bacaan buku bertajuk " Nak kaya seribu daya " hasil tulisan Puan Marlia Ramli. 

Beliau merupakan Pengurus Sumber Manusia dan seorang pendidik emas atau Gold Dealer di Public Gold.

Sebut tentang emas, tentu sudah terbayang dalam benak pembaca bahawa buku ini akan membincangkan topik kewangan seperti simpanan dan pelaburan.

Ya, tepat sekali.

Buku Nak kaya seribu daya diterbitkan pada tahun 2022. 

Maksudnya sangat baharu di pasaran.

Buku ini setebal 195 mukasurat dan berharga RM32 senaskah.

Namun saya dapat harga diskaun 30 peratus semasa mengunjungi Pesta Buku Kuching yang berlangsung pada  24 hingga 27 November ini yang lepas.

Dapat harga promosi dan ia memang menjimatkan.

Berbalik semula kita kepada ulasan buku tadi.

Menurut penulis, emas adalah kekayaan kalis inflasi dan boleh bertahan sehingga kiamat.

Emas yang dimaksudkan bukan emas perhiasan atau emas 916.

Tetapi ia adalah emas pelaburan iaitu emas 999.

Sesiapa sahaja boleh menyimpan emas 999 bermula dengan RM100 setiap bulan.

Letakkan sasaran bahawa simpanan emas ini jangka panjang dan akan menjadi insuran kepada kekayaan yang kita miliki.

Emas ini boleh dipajak atau dicairkan dari satu jam sehinga tiga hari untuk mendapatkan wang tunai.

Aset lain seperti rumah atau tanah mengambil masa dari berbulan hingga bertahun.

Jadi amat baik cabang simpanan emas dijadikan sandaran ketika masa sesak dan penyelamat maruah diri daripada meminjam ke sana ke mari.

Sejujurnya saya sangat menyukai cara penyampaian dan penulisan Puan Marlia dalam buku ini.

Mudah difahami 

Dalam masa yang sama dapat menyemarak minat kita untuk terus membaca topik emas ini hingga ke penghujung.

Saya juga pasri anda juga akan rasa demikian juga setelah membaca buku Nak kaya seribu daya.

Anda boleh dapat buku ini di Popular Online

Catat Ulasan

2 Ulasan