Header Ads Widget

Allah Itu Dekat

Allah Itu Dekat merupakan buku yang ringkas. santai dan ringan untuk bacaan.

Buku ini berkonsep motivasi yang berunsur kerohanian dengan permainan kata-kata bersastera dalam menyulami mesej kepada pembaca.

Sejujurnya saya agak berpuas hati tetapi tidaklah sampai untuk mengagumi.

Sebab, saya lebih suka membaca buku motivasi yang menyelit fakta, info yang unik dan kisah yang epik.

Itu memang sukar dan mencabar kerana menggabungkan tiga elemen dalam satu penulisan berbentuk buku.

Apa-apapun perlu kalian akur bahawa buku Allah Itu Dekat sudah lima kali cetakan sejak tahun 2019.

Maksudnya buku ini sentiasa mendapat permintaan dan carian pembaca terutama mereka yang ada menghadapi masalah dalam kehidupan.

Mungkin ada di kalangan kalian yang kesepian tanpa jodoh, sakit yang belum menemui titik kesembuhan, kesusahan hidup kerana  dibelenggu hutang, bergelumang maksiat yang berpanjangan dan 1001 permasalahan dunia yang tiada cahaya di hujung terowong maka bacalah buku Allah Itu Dekat

Saya percaya dengan membaca buku yang mempunyai 160 muka surat ini akan terjawap apa yang berbuku dalam hati dan tersimpul dalam fikiran.

Manusia yang tiada menghadapi masalah dalam hidup ini bukanlah manusia yang normal.

Hakikat manusia dihidupkan untuk menjalani rutin kehidupan dengan pelbagai pakej ujian dan rintangan

Sesiapa yang berjaya melepasinya dengan rasa sabar yang menebal, keimanan yang tinggi dan ketakwaan yang mantap maka kemenangan kalian sudah berada dalam tangan.

Penulisan thebingkisanhati ini  berbentuk curahan hati ini memang sesuai dibaca oleh mereka yang kurang gemar membaca.

Sebab setiap helaian atau halaman banyak grafik serta teks pula berwarna-warni.

Secara psikologi mungkin jadi terapi minda kepada mereka yang ada masalah hehehehe.

Perlu juga dimaklumi thebingkisanhati merupakan seorang penulis sepenuh masa.

Nama sebenar beliau ialah Ezzati Bt Abd Wahab yang berasal dari Melaka.

Apa-apapun buku ini boleh didapati di kedai buku Popular Online dan Galeri Ilmu.

Saya cuma buat hebahan tanpa ada kepentingan demi kecintaan kepada dunia buku dan ilmu serta budaya membaca.

Selamat membaca.



Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Genre buku yang saya minat dan dekat di hati.

    BalasPadam
  2. isi menarik helaian lembar berwarnawarni menarik minat pembaca

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kak...salah satu cara untuk menarik minat orang yang membacanya

      Padam
  3. suka baca buku2 begini
    senang bawa kemana mana dan tajuknya buat jga terasa dekat nak tahu isinya lebih detail

    BalasPadam
  4. dh lama wak x baca buku, huhuhu

    BalasPadam