Admin menerima buku "Lebaran Covid-19' dari salah seorang blogger dan penulis yang tidak asing lagi. Beliau ialah Kak PI atau Paridah Ishak. Atas kesempatan ini admin mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau. Biar Allah sahaja yang membalas dengan sebaik-baikya balasan. Aamiin.

Buku tersebut memaparkan koleksi pantun, sajak, sonian, akrostik, haibun, saduka, limerik, soneta, prosa, diamante dan gurindam. Sejujurnya admin juga baharu tahu tentang beberapa genre tersebut. Sangat asing dan mengujakan juga hehehe.

Ada 24 penulis dihimpunkan bersama untuk menghasilkan karya setebal 113 muka surat, Lebih menarik lagi karya ini diterbitkan pada tahun 2020. Tahun yang penuh cabaran dan menduga emosi sejak serangan Pandemik Covid-19 di Malaysia dan dunia.

Dalam ulasan buku ini admin nak kongsikan Talibun hasil karya Kak PI. Selebihnya pembaca boleh dapatkan sendiri buku ini. Cuma admin tidak pasti adakah naskah lebaran Covid-19 dijual dipasaran atau sebagainya. Perlu tanya Kak PI tau !


Angkara Covid-19

i.Sedia pulut punggah ke tambak

siapa segera lambak setempat

di mana bangsal guni ditala  

             dunia kalut mencegah wabak

             tiap negara bertindak cepat

             rencana asal kini gendala

ii.Jirus lantana dua barisan,

   merenjas tangan bentan separa,

   pedada celah pohon kedondong;

               Virus corona membawa kesan,

               Jejas hubungan ikatan mesra,

               kepada Allah mohon berlindung.

Tahniah kepada penulis Tabir Alam kerana berjaya menghimpun tulisan sastera dalam sebuah naskah begini.

Penghasilan buku seumpama ini boleh jadi kenangan-kenangan sempena musibah Covid-19. Kesan Covid-19 amat dahsyat kepada manusia terutama sektor ekonomi dan sosial, 

Dalam kesihatan itu sendiri, virus Covid-19 telah mengancam nyawa. Jadi adanya buku ini dapatkan dirakam detik-detik pahit dan sukar dalam bentuk sastera.

Itu sahaja perkongsian admin kali ini.