Sudah lama admin tidak membaca buku. Alhamdulillah beberapa hari yang lepas admin selesai membaca buku “Berani Gagal - Hikmah Kegagalan”.

Buku ini hasil tulisan Billi P.S. Lim. Beliau pernah terkenal sebagai penulis buku bestseller “Berani Gagal”.

Buku ringkas dan kompak ini telah diterbitkan pada tahun 1999 lagi. Tebalnya cuma 227 mukasurat sahaja.

Menariknya buku hasil tulisan Billi Lim berkisar tentang motivasi. Ada banyak petikan kata-kata dari tokoh dunia diselitkan dalam buku tersebut.

Malah ada juga cerita-cerita yang penuh inspirasi untuk membakar semangat kita yang sudah hilang.

\

Admin berpendapat wajar membaca buku motivasi ketika situasi sekarang ini. Mungkin ada yang kehilangan kerja, bisnes kurang maju dan sebagainya.

Semoga semangat lebih waja dan hati lebih kental menghadapi liku-liku cabaran pada masa yang akan datang.

Boleh cari di perpustakaan atau dapatkan di kedai buku terpakai.

Selamat membaca.