Header Ads Widget

Kuasai Formula Perniagaan



Membaca buku Kuasai Formula Perniagaan hasil tulisan Tuan Wan Nong Muzafar mengingatkan admin pernah menuntut ilmu dengan beliau beberapa tahun yang lepas.

Ternyata buku ini seperti buku teks.Sangat sesuai dijadikan rujukan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjinakkan diri dalam dunia perniagaan.Paling elok juga kepada mereka yang sudah menceburi perniagaan agar lebih faham dunia bisnes yang penuh dengan kejutan dan tarikan.hehehe

Terdapat tujuh komponen utama dengan huraian yang lengkap.Ketebalan pula sekitar 125 halaman dan telah diterbitkan pada tahun 2017 untuk cetakan kedua.Maknanya cetakan pertama  mendapat sambutan hangat oleh para pembaca dalam segmen perniagaan.



Selain dipersembahkan dengan fakta dan informasi yang menarik, buku ini kaya dengan gambar serta ilustrasi supaya pembaca lebih faham.Sebab itu wajar dijadikan sumber rujukan berkali-kali terutama bahagian Pelan Perniagaan dan Pengurusan Kewangan.

Sejujurnya admin kurang enjoy membaca buku ini kerana terlalu formal atau topik perniagaan sudah kurang admin minati.Yang itu terlalu subjektif.Lain pembaca maka lain citarasa.

Bagaimanapun admin tetap sarankan kepada pembaca untuk memiliki buku Kuasai Formula Perniagaan sebagai suplimen minda yang amat berharga.


Catat Ulasan

33 Ulasan

  1. Banyak membaca tak kira gerne buku bagus untuk dapat ilmu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul tu..

      banyak membaca banyak ilmu boleh diperolehi

      Padam
  2. Adakah konsep pelan perniagaan tetap sama seiring zaman?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama...perkara asas.

      perkara yang bernbeza ialah kaedah dan strategi sahaja

      Padam
  3. Tajuk best cuma maybe tak kena dengan market jualan kot ye sebab tu rasa tak best?

    BalasPadam
    Balasan
    1. buku ini umpama buku teks sahaja.

      mungkin sebab itu tidak mennggunakan sangat tajuk yang bombasttik

      Padam
  4. Cikbunga datang sini yer 🌹🌹

    BalasPadam
  5. Orang bisnes patut baca buku ni..kena faham dan kuasai formula bisnes dulu. Ikut panduan dan formula yang betul baru menjadi. InshaAllah.

    BalasPadam
  6. kat rumah Ummi pn banyak buku bisnes tp xterbaca semua..kalau ade org buat summary mcm ni best jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. ulasan buku tidak detail sangat..

      ingin juga nak buat detail tetapi boleh jadi kesalahan kepada hak cipta

      Padam
  7. orang bisnes patut beli buku ni sebagai panduan. Kan?

    BalasPadam
  8. seronok tgk org berniaga, rietta xminat dan kdg kdg xsmpai ht nak ambil duit org...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pe...

      rezeki ada macam2..tak bisnes pun boleh juga buat duit

      Padam
  9. Nampaknya kena banyak membaca lagi.

    BalasPadam
  10. I'm impress for those yg mmg suke baca this kind of reading material.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya baca semua buku hehehe

      sebab nak tahu banyak perkara

      Padam
    2. perghhh i'm jealous. i'm interested to read all kinds of books tp stuck with just the one i like. haha

      Padam
    3. tak pe..

      baca apa yang kita minat mudah mahu faham berbanding untuk membaca semuanya

      Padam
  11. Dalam berniaga pun memang ada formulanya ya, buku ini sepertinya bisa jadi rujukan buat dibaca di Weekend.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yep betul tu.

      buku ini lengkap dan bagus untuk dibuat rujukan

      Padam
  12. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Blog yang sangat bagus. Kena dan sesuai dengan saya yang hantu buku..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wsalam tuan dan aamiin serta terima kasih atas doanya

      amat jarang jumpa orang yang hantu buku sekarang ini..

      buku bukan pilihan wajib tetapi bagi saya...memang ya

      Padam
  13. sesuai utk yg plan nk bt bisnes.. ilmu kena ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. yep betul sangat tu..

      nak bisnes mesti ada ilmu yang mencukupu

      Padam
  14. jom join GA
    https://budoxesquire.blogspot.com/2019/12/give-away-december-haro.html

    BalasPadam
  15. hi dan assalamualaikum, saya nak tanya nk beli buku ni dia mana yer? sebab saya cari tak jumpa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin buku sudah tiada stok lagi..boleh cari juga dalam kedai buku terpakai

      Padam