Header Ads Widget

Psikologi Cinta



Menatap, membelek dan membaca buku ‘Psikologi Cinta’ bagaikan tengah bercinta.Ya, bercinta dengan ilmu, falsafah dan teori yang sewaktu dengannya.

Hasil garapan pakar motivasi  dan pakar psikologi memang mengkagumkan.

Mereka ialah Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan Dr. Syaidatun Nazirah.Hasil gabungan idea dan kupasan ilmiah begini cukup mantap.Admin akui amat sesuai untuk ditelaah para pelajar atau ibubapa ataupun sesiapa yang ingin mendalami dengan serius persoalan cinta.

Cinta bukan milik sepasang kekasih yang tengah memadu asmara.

Soal cinta bukan sekadar untuk lelaki suka wanita atau sebaliknya.Bahkan soal cinta terlalu luas takrifannya.Cinta yang terbaik dan unggul jelas berpaksi kepada si pemilik cinta sebenar yakni Allah SWT.

Buku yang tebalnya 288 halaman ini telah diterbitkan pada tahun 2018.Buku ini masih baharu dan admin pasti ada terjual di pasaran.Harga dalam lingkungan RM25 untuk senaskah.Berbaloi untuk dimiliki dan dihayati ilmu di dalamnya.

Ada 29 bab dan setiap bab ditulis dengan bahasa tinggi.Memang perlu membaca dengan cermat untuk memahaminya.Bagaimanapun admin percaya mereka yang mempunyai aras pemikiran tinggi tentulah mudah untuk menghadami isi kandungan yang dijelaskan.


Sesuai dengan mutu penerbitan Publishing House,  mood membaca boleh naik kerana kertas bermutu tinggi dan warna teks yang menarik.

Apa manfaatnya pembaca memiliki buku Psikologi Cinta kalau bukan untuk lebih faham apa itu cinta yang sebenar.

Bukan cinta itu buta, bukan cinta drama atau cinta filem yang sering diperkatakan dalam dunia hiburan.

Cinta yang sebenar ada dalam buku ini.Nak tahu lanjut wajar memiliki buku Psikologi Cinta dengan kadar segera.

Semoga bermanfaat dan jom like Obses Buku.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Selalunya bila sebut cinta... org akan mentafsirkan cinta itu adalah hubungan perasaan antara dua kekasih... walaupun pengertian cinta itu luas skopnya.

    BalasPadam