Header Ads Widget

Ketika Ibu Telah Tiada

Ketika Ibu Telah Tiada merupakan sebuah buku yang menarik untuk dibaca oleh sesiapa sahaja.

Biarpun objektif penulisan buku ini untuk golongan remaja yang masih berkepit di bawah ketiak ibu bapa.

Ibu adalah insan istimewa. Mereka golongan terpilih kerana darjat dan pangkat yang mulia lagi tinggi kurniaan Allah SWT.

Situasi ini hanya sah kepada wanita yang bergelar ibu dan anak.

Begitulah intipati buku Ketika Ibu Telah Tiada oleh Thoriq Aziz.

Tebalnya cuma 198 halaman dan dicetak pada tahun 2019.

Penulis berjaya menulis buku ini dengan menyertakan beberapa potong ayat Al-Quran dan beberapa hadis.

Bukan itu sahaja, ia turut disertakan cerita dan kisah mereka yang berbuat baik kepada ibu pada zaman Rasullulah masih hidup suatu ketika dahulu.

Saya amat menyarankan golongan anak-anak segera membaca buku ini kerana boleh memberi kesedaran dan keinsafan dalam usaha berbakti kepada orang tua mereka.

Harga sekitar RM17 senaskah. Pastinya pelaburan untuk membeli buku berbaloi kerana nasihat penulis kepada pembaca amat berkesan sekali.


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. SURAT UNTUK BONDA kak ada bukunya menarik semua perkongsian kisahnnya

    BalasPadam
  2. Sesuai untuk saya yang masih duduk dengan ibubapa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya....betul sangat tu sis...hargai mereka ketika masih ada

      Padam
  3. buku yang memberi pengajaran semestinya satu pelaburan bagus..elok ni bg budak2 hargai ibubapa

    BalasPadam
    Balasan
    1. budak-budak memang sangat digalakkan untuk membaca buku ini

      Padam
  4. rasa En Hanafi boleh pg jalan Tsutaya Books @ Pavilion Bkt Jalil yang baru dibuka bulan lepas. Banyak buku juga dijual di sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ada peluang..memang mahu sangat saya ke sana untuk cari buku yang menarik

      Padam
  5. Bacaan bagus ni, ditulis oleh penulis yang dah kehilangan ibu. Tentu lebih memberi kesan hasil penulisan beliau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penulisan yang hidup dan berkesan untuk dibaca oleh kita semua

      Padam
  6. I need to find this book for my little brother! thankkk youuuu for the review, sir

    BalasPadam