Header Ads Widget

Menulis Dari Hati Biar Sampai Ke Hati


Menulis Dari Hati Biar Sampai Ke Hati merupakan buku yang menarik untuk dibaca, ditelaah dan dipraktik jika ingin menjadi seorang penulis.

Tak kira untuk menjadi penulis blog, buku, media sosial dan sebagainya.

Ternyata saya sangat beruntung memiliki buku tulisan tiga penulis yang tersohor iaitu Ustaz Pahrol Mohammad Juoi, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Tuan Zamri Mohamad.

Dengan ketebalan 324 muka surat tentu tidak lama untuk anda menghabiskan bacaan jika memang anda kuat membaca buku.

Harga buku ini masih berpatutan iaitu RM43 senaskah namun nilai buku yang berkonsep ' How To' jauh lebih tinggi sebenarnya.

Bayangkan sahaja tiga orang penulis bergabung tenaga dan idea untuk menghasilkan naskah yang deliver kepada konsep 'How To'

Saya mulakan dengan perkongsian penulisan Ustaz Pahrol Mohammad Juoi.

Saranan Ustaz Pahrol lebih kepada penulisan secara bercerita.

Dalam al-Quran sekali pun banyak ayat menggunakan teknik bercerita.

Dengen bercerita menyampaikan mesej baik secara tersurat dan tersirat.

Beliau mensyaratkan seorang penulis wajib ada rasa dan minda seorang pendakwah.

Penulis menyebarkan dakwah dan menanamkan nilai takwa dalam setiap tulisan mereka.

Sekiranya ada penulis mengaplikasi asas ini sudah tentu nada dan irama penulisan mereka akan terkesan ke dalam jiwa pembaca.

Sementara penulis kedua iaitu Ustaz Hasrizal menganggap kerja menulis seperti pengembaraan yang begitu indah.

Beliau menggunakan metologi penulisan iaitu Description, Feeling, Evalution dan Conclusion.

Penerangan lanjut boleh diketahui dalam buku ini.

Penerapan metologi tersebut bakal menghasilkan tulisan yang berimpak tinggi dan memberi kesan positif ke dalam jiwa pembaca.

Ustaz juga berpesan jangan menulis perkara yang boleh menyinggung perasaan pembaca.

Sebab itu penulis sendiri wajar memperbaiki akhlak dan cara penmikiran agar lebih merendah hati tanpa ada mesej mengatakan kita lebih baik daripada orang lain.

Akhir sekali perkongsian Tuan Zamri Mohammad.

Beliau menyarankan sesiapa yang ingin penulis menggunakan empat kuadran modal diri.

Empat modal kudran tersebut ialah apa yag saya tahu, apa yang saya kerjakan, apa yang saya suka dan siapa yang saya kenal.

Perkara tersebut boleh jadi asas untuk penulisan apa sahaja.

Malah Tuan Zamri mengajak penulis untuk menjadikan alam sebagai modal idea untuk penulisan agar lebih hidup.

Kesimpulan

Dapat admin simpulkan, sesiapa pun boleh menulis dengan terbaik tetapi dengan menuruti beberapa syarat seperti banyak membaca buku dan latihan menulis tanpa ada titik noktahnya.

  • Kemas kini 22/1/23



Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Tulis daripada hati memang berkesan.

    BalasPadam
  2. menelaah buku ilmiah penting menambah ilham penulisan indah beretika

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya gemar buku begini...supaya ptal ;ebih berisi

      Padam