Header Ads Widget

Yang Tertulis Kelmarin


Yang Tertulis Kelmarin merupakan sebuah naskhah novel yang agak liat saya baca. Jujurnya hampir dua minggu saya berjaya memhabiskan buku tulisan Tina Derika ini.

Dengan ketebalan 520 halaman dan berharga RM22 mungkin berbaloi untuk dimiliki oleh pengemar novel di Malaysia.

Diterbitan pada tahun 2017 oleh Penulisan Enterprise.

Sekadar itu mukadimah sebelum saya melanjutlan ulasan dengan santai dan ringkas.

Memang skema novel untuk mengangkat tema kemanusiaan seperti cinta, keluarga, persahabatan dan pelbagai lagi nilai murni yang lainnya.

Watak utama dalam novel Yang Tertulis Kelmarin ialah Hana selain dibarisi watak Harraz, Rizal, Puan Ashikin, Syuhaida dan Syafiq.

Bab pertama sahaja sudah memaparkan elemen saspen iaitu Hana berada di Hospital dan ditemani Harraz atau Raz.



Hana kemalangan menyebabkan hilang ingatan. Punca kemalangan kerana dilanggar secara tidak sengnaja oleh Raz. Beliau yang bertanggungjawab membawa Hana ke hospital untuk diselamatkan.

Selang beberapa lama selepas itu, Hana keluar daripada hospital dan kembali rumah.

Konflik mula tercipta setelah Hana mula mencari identiti sendiri dan mula keliru dengan perasaan dan pemikiran.

Pelbagai kisah sedih cuba disembunyikan oleh keluarganya terutama ibu Hana iaitu Puan Ashikin.

Sebelum kemalangan Hana dikenali sebagai Mariah.

Kemelut semakin menjadi-jadi setelah Rizal iaitu bekas tunangnya cuba mencari Mariah. Untuk menambahkan lagi konflik, Rizal yang sudah bernikah dengan Syuhaida tidak hidup bahagia.

Jiwa dan mindanya masih mencari Mariah yang telah ditinggalkan sewaktu hari pernikahan dengan Syuhaida. 

Sepatutnya pada hari tersebut Rizal bernikah dengan Mariah tetapi kerana nafsu dan gelojoh dia memilih Syuhaida sehingga memungkiri janji dengan Mariah.

Sedangkan persiapan perkahwinan sudah disediakan sehingga Mariah menunggu pengantin lelaki seperti pungguk rindukan bulan.

Tak kunjung tiba umpama kucing tumbuh tanduk.

Rizal pada hari yang sama telah bernikah dengan Syuhaida anak orang kaya. Majlis mereka sudah diuruskan oleh keluarga sebelah perempuan.

Mulai saat itu Mariah menunggu dan menanti seperti orang gila dengan orang yang dicintainya iaitu Rizal.

Semasa melalui kepahitan hidup begitu Mariah sempat menulis manuskrip novel yang bertajuk Janji Yang Ternoda.

Bayangkan bagaimana janji dimungkiri, cinta didustai dan kecurangan dalam diam oleh Rizal terhadap Mariah.

Bayangkan orang yang mencintai setulus hati dan akhirnya ditinggalkan tanpa pesan dan berita dalam sekelip mata.

Penulis cuba untuk menyampaikan mesej malar segar iaitu cinta apabila didustai akan memberi impak negarif kepada ramai pihak.

Selain itu penulis cuba mengajak pembaca untuk sentiasa berpegang kepada kejujuran dan menjauhi pembohongan.

Sikap tidak jujur, berbohong dan tidak memegang janji akan memakan diri.

Apakah kesudahan nasib Hana dalam mencari identiti sendiri akan terjawab setelah anda dapat menghabiskan novel Yang Tertulis Kelmarin hingga muka surat terakhir.

Boleh cari di kedai buku kalau ada lagi la.


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Biasalah sudah terhantuk baru terngadah si Rizal tersebut.

    BalasPadam
  2. tebal novel ni n kisahnya menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya tebal kak PI...susah saya nak habiskan nya

      Padam
  3. kesian Hana, banyak betul dugaan dalam kisah cinta dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah harga cinta yang perlu dibayar hehehe

      Padam
  4. Balasan
    1. kehidupan sebenar tidak kurang juga macam tu

      Padam
  5. Dengan ketebalan buku lebih 500 halaman, harga cuma RM22. Murah!

    Saya agak selektif memilih novel untuk dibaca. Banyak juga novel yang saya gagal habiskan kerana tak kena dengan jiwa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. prinsip saya lain.....selagi tak habis baca selagi itu saya baca...suka masuk perkara kedua

      Padam